Pages

Thursday, May 19, 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sukma XII


MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT 
SEMPENA SUKMA XII
(MY-DOS SUKMA 2011)

Tarikh      : 25 Mei 2011 / 21 Jamadilakhir 1432H
                    (Rabu)

Masa       : 12.30 petang
Tempat    : Surau Casa II

Pembimbing : Ustaz Khairi Abdullah 
                        (Imam Masjid Sri Petaling)

Aturcara program :

12.30 pm     : Kehadiran Para Tetamu
                   : Bacaan Yasin & Doa Selamat
                  : Solat Zohor & Solat Hajat Berjamaah
                 : Jamuan Makan Tengahari


PEGAWAI-ATLET & JURULATIH DIJEMPUT HADIR....

Sunday, May 15, 2011

CERAMAH AGAMA BULAN MEI 2011


TAJUK : "TERIMA KASIH IBU"

Tarikh  : 18 Mei 2011 / 14 Jamadilakhir 1432H
Masa    : 3.15 petang
Oleh     : Ustazah Nurhafizah Musa 
               (pengacara TANYALAH USTAZAH TV9)
               (Pensyarah UTM-KL)

PEGAWAI-ATLET & JURULATIH DIJEMPUT HADIR....

"SememangNYA kasih IBU sentiasa KITA terima,
namun KASIH kita KEPADA IBU???.... nilailah SENDIRI.....
JIKA hebat KASIH kita PADA ibu TAKKAN sehebat Kasih IBU kepada KITA"....

Wednesday, May 11, 2011

Lawatan Takziah Kepada Pn Ku Asmah Ku Baharom (cawangan pentadbiran)



5 Mei 2011(KHAMIS) JITRA, KEDAH- Pasukan Solat Jenazah (PSJ) Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah membuat lawatan takziah ke Bandar Darul Aman diatas pemergian ibu kepada Puan Ku Asmah Ku Baharom (cawangan pentadbiran MSNM) pada 1 Mei 2011 bersamaan hari Ahad jam 3.30am kerana sakit tua.




Setiba anggota seramai 6 orang ahli PSJ MSNM di Bandar Darul Aman pada jam 3.30 pagi, keluarga Puan Ku Asmah Ku Baharom telah menyambut serta menyediakan Home Stay buat rombongan berehat serta dilayan dengan pelbagai juadah makanan.


Di rumah Allahyarham Hjh.Ramlah Bt Hjh.Siti Aishah (ibu Pn Ku Asmah Ku Baharom), anggota PSJ MSNM merakam ucapan takziah serta membaca surah yasin dan tahlil rengkas buat roh Allahyarham di akhir pertemuan bersama Pn Ku Asmah Ku Baharom juga merupakan Ketua Biro Kebajikan Kelab MSNM. Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur jam 2.00pm, sekali lagi ahli rombongan dijamu dengan makan tengah hari.


Pihak PSJ MSNM juga merakam jutaan terima kasih kepada Puan Ku Asmah Ku Baharom sekeluarga diatas layanan sepanjang rombongan di Bandar Darul Aman serta berdoa semoga Roh Allahyarham Hjh.Ramlah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. *AL-FATIHAH

Monday, May 2, 2011

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-quran (MPPQ 05-2011)



Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-quran 
(MPPQ 05-2011) :-

Tarikh   : 06 Mei 2011 / 02 Jamadilakhir 1432H 
                JUMAAT
Masa     : 8.00 pagi 
Tempat : SURAU CASA II

                                      (Surah An-nisa' ayat 80 - 91)

WARGA SUKAN (PEGAWAI, JURULATIH & ATLET) DIJEMPUT HADIR.

KAMUS ARAB