Pages

Thursday, June 23, 2011

CERAMAH JUN 2011 sempena HARI BAPA



TAJUK : "PENGORBANAN AYAH"

Tarikh  : 29 JUN 2011 / 27 REJAB 1432H
Masa    : 2.45 petang
Oleh     : Ustaz Don Danial Don Biyazid 
               (Pensyarah KUIS)

PEGAWAI-ATLET & JURULATIH DIJEMPUT HADIR....



Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Kelebihan Bulan Rejab

Kemunculan Rejab seharusnya disyukuri kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.



Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui  – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Doa Di Bulan Rejab:

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Tuesday, June 14, 2011

Tony Blair membaca kitab suci Islam (al-quran)


       Semasa masih menjadi Perdana Menteri Britaindan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenali sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama.

Namun, sejak bersara pada 2007, Blair menjadi lebih terbuka soal keyakinan. Dia yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi perdana menteri, kini mengaku membaca Al Quran setiap hari. 

Menurutnya, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini umat muslim sebagai kata-kata langsung diturunkan oleh Allah -memastikan bahawa ia 'milik keyakinan'. 

Dalam sebuah wawancara dengan media Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi 'milik keyakinan' adalah hal yang penting dalam dunia yang makin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti dimuat Daily Mail, Isnin 13 Jun 2011. 

"Saya membaca Al Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, tapi terutama kerana ia (Quran) sangat instruktif." 

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya atas keyakinan yang ada di dunia akan menguatkan peranan barunya sebagai utusan Timur Tengah bagi  PBB, Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia. 

Blair sebelumnya memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan mengatakan Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. 

Tahun 2006, dia juga memuji Al Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab itu juga mengandungi petunjuk praktis bagaimana menjalankan pernikahan, juga pemerintahan. 

Bukan hanya Blair yang tertarik dengan Islam. Iparnya, Lauren Booth, membuat pengumuman mengejutkan dengan memeluk Islam setelah mengalami apa yanga ia deskripsikan sebagai 'pengalaman spiritual' ketika mengunjungi sebuah tempat suci di Iraq.

Wednesday, June 8, 2011

PROGRAM MOTIVASI MINDA KREATIF (MMK) 2011

PROGRAM MOTIVASI MINDA KREATIF ANAK-ANAK AHLI KELAB MSN 2011

19 Jun 2011 (AHAD) 8.00 am - 5.00 pm

YURAN PENDAFARAN : RM 10 - anak ahli kelab MSN
RM 30 bukan anak ahli kelab MSN

* TERBUKA KEPADA PELAJAR BERUMUR 11 - 18 tahun
* PENDAFTARAN SEBELUM 15 JUN 2011 (RABU)

maklumat lanjut sila hubungi : Puan Siti Aishah Mohamad : 03-8996 9751
En. Mohd Nur Zaimie : 03-8996 9951



....................BORANG PENYERTAAN....................

KAMUS ARAB