Pages

Monday, May 21, 2012

SELAMAT DATANG BULAN REJAB 1433H


Amalan Bulan Rejab


 Sabda Nabi saw “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku“. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. REJAB bulan menabur benih. SYA’ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA’ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Dari segi bahasa : Rejab makna menghormati dan memuliakan.
Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya : “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati” . Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Ceramah Agama Bulan Mei (sempena hari guru)

Ceramah Agama Bulan Mei 2012

Tarikh : 23 Mei 2012 (RABU)

Masa : 2.30 pm

Tempat : Auditorium 1, MSN

Tajuk : Hari-hari, hari IBU

Bersama : Ustzh Isfadiah Mohd Dasuki (Juri Solehah, Tv Al-Hijrah)


+++ Pegawai, Jurulatih dan Atlet dijemput hadir+++

MUNAJAT OLIMPIK “MO” SIRI KE-6 (SEMPENA HIMPUNAN BELIA 2012)


MUNAJAT OLIMPIK “MO” SIRI KE-6 (SEMPENA HIMPUNAN BELIA 2012)


Tempat : Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Putrajaya)
Tarikh : 25 Mei 2012 (Jumaat)


03.30 am : Ketibaan Hadirin

04.00 am : Qiamullail
Bimbingan : Syikh Abdul Karim Al-Makki (Qari Diraja Arab Saudi)

05.40 am : Solat Subuh

: Kuliah Subuh
Oleh : Ust. Imran Nasuha
(Imam Masjid Subang Jaya)

: Sarapan Pagi

08.00 am : Majlis Tadarus dan khatam Al-Quran

11.00 am : Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat

01.10 pm : Solat Jumaat
: Solat Hajat

......SEMUA DIJEMPUT HADIR....

Marilah Bersama Mendoakan Kejayaan Pingat Emas Pertama Buat Kontinjen Malaysia Sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik 2012

KAMUS ARAB