Pages

Tuesday, March 18, 2014


HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH



Ketika Allah menguji para hambaNya, ternyata disebalik cubaan, ujian, musibah yang ditimpakan kepada seorang hamba, terdapat hikmah yang luar biasa. Oleh sebab inilah, seharusnya orang yang sedang diuji oleh Allah SWT dengan kehilangan orang yang disayang seperti dalam kemalangan, kematian, kekurangan harus membuatkan mereka tersenyum dan bersyukur. Ternyata mendapatkan ujian dari Allah SWT itu indah dan nikmat.

1. Mendapat Selawat Allah SWT, rahmat dan petunjukNya (hidayah) bagi yang sabar ketika mendapatkan ujian.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 155
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 156
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. 157
Daripada ayat diatas dijelaskan bahawa orang yang sabar ketika mendapatkan ujian, maka dia akan mendapatkan tiga keutamaan sekaligus, iaitu Selawat Allah SWT, Rahmat dan petunjuknNya. Dan perlu diperhatikan , bahawa Allah SWT tidak pernah mengumpulkantiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat, kecuali didalam ayat ini.

2. Sebesar ujian itu, sebesar itu pula pahala yang disediakan Allah SWT.

3. Orang yang diuji Allah bukti cinta Allah SWT kepada orang tersebut.
عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - : (إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاءِ، وإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاهُمْ، فمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ)
رواه الترمذي وحسنه.
Daripada Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan jika Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka, siapa yang redha maka baginya keredhaan(Allah) dan siapa yang merka baginya kemurkaan (Allah).” (HR Tirmizi)

4. Musibah Menghapuskan dosa dan kesalahan
“ ujian selalu bersama orang beriman lelaki dan perempuan, baik di dalam diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahan pun.” (HR Tirmizi)

5. Seorang yang mendapatkan cubaan bererti didinginkan kebaikan oleh Allah SWT.
هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله : ( من يرد الله به خيراً يُصِبْ منه) عن
Daripada Abi Hurairah R.A berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang didinginkan Allah akan kebaikan, maka Allah akan mengujinya.” HR Bukhari
Kesimpulan:
Demikianlah sebahagian hikmah yang disediakan bagi orang yang dirundung musibah, cubaan dan ujian. 
Doa Memohon Dikurniakan Kesabaran. 

WAHAI TUHAN KAMI KURNIAKANLAH KAMI KESABARAN 
DAN MATIKANLAH KAMI DALAM KEADAAN MUSLIM.

 

KAMUS ARAB