Pages

Monday, December 20, 2010

Atlet Pasang Azam Baru Sempena Maal Hijrah


KUALA LUMPUR - Sempena Maal Hijrah 1432 Hijrah, semalam beberapa atlet negara yang beragama Islam tidak melepaskan peluang memasang azam baru. Bagi atlet lari berpagar, Norasheela Khalid, tiada apa yang diimpikannya selain sihat tubuh badan agar mampu menyumbang sedikit lagi keringat buat negara tercinta.

"Sudah tentu saya berharap mahu kekal sihat dan berlatih dengan baik kerana tahun depan, banyak kejohanan yang mahu saya sertai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Atlet lari 400 meter berpagar itu juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk membangunkan lagi arena sukan olahraga negara.

"Sukan ini memerlukan kerjasama daripada orang yang mencintai sukan ini sahaja, bukan mereka yang mempunyai agenda di sebalik itu," katanya.

Penyerang skuad bola sepak kebangsaan,

Zaquan Adha Abdul Razak pula memasang dua impian iaitu dalam kerjaya dan juga peribadinya .

"Saya cuba untuk menjadi pemain yang terbaik untuk musim depan dan memperbaiki setiap kelemahan kerana selain buruan liga kebangsan, saya juga mahu melakukan kerja cemerlang dalam kelayakan Piala Dunia.

"Selain itu, jika dipermudahkan oleh-NYA, saya akan menamatkan zaman bujang tahun hadapan dan mahu menjadi suami yang terbaik untuk keluarga yang akan saya bina nanti," katanya.

Penembak emas Sukan Komanwel Delhi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim pula berharap, langkahnya dalam sukan menembak tidak sumbing meskipun dia akan melanjutkan pelajaran di universiti.

"Alhamdullilah, saya akan memulakan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Sains Sukan bermula tahun depan dan berharap semuanya berjalan lancar sahaja," ujarnya yang mahu mengejar kejayaan di Sukan SEA pula.

Penunggang motosikal kebanggaan negara, Mohd. Zulfahmi Khairuddin pula mahu menghidupkan api semangat yang lebih tinggi ketika saingannya dalam MotoGP memasuki tahun kedua nanti.

"Tahun ini begitu mencabar buat saya kerana baru pertama kali beraksi di kejuaraan dunia dan memasuki tahun kedua, apa yang saya inginkan, ada sesuatu yang lebih baik.

"Mungkin, tahun depan tunggangan lebih selesa kerana saya telah pelajari cabaran di Eropah dan saingan saya," jelas pelumba kelas 125cc itu.

Sementara itu, permulaan Maal Hijrah kali ini begitu bererti buat raja pecut Le Tour De

Langkawi (LTDL) 2010,

Anuar Manan kerana tanggungjawabnya menjadi lebih sukar tahun hadapan.

"Impian saya adalah untuk mengekalkan jersi hijau LTDL dan saya hanya mengharapkan aksi cemerlang untuk itu dan beberapa kejuaraan besar lagi," katanya yang mempunyai sebulan lagi sebelum perlumbaan basikal terulung negara itu memulakan kayuhan.





http://www.nsc.gov.my

Sunday, December 12, 2010

PENGHAYATAN HIJRAH 1432 H

CERAMAH AGAMA BULAN DISEMBER 2010
" PENGHAYATAN HIJRAH "


Di Sampaikan Oleh : Ust Khairuddin Aman Razali



Tarikh : 16 Disember 2010 / 10 Muharam 1432H (KHAMIS)

Tempat : AUDITORIUM 1

Masa : 2.45 am

Pegawai, Jurulatih dan Atlet Majlis Sukan Negara Dijemput Hadir.


HADITH KELEBIHAN 10 MUHARRAM

para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W:

"Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

Saturday, December 4, 2010

Akademi Al-Quran & Fardhu Ain ( AQFA-2010 )

Akademi Al-quran & Fardhu ain
Kelab Sukan & Kebajikan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Akademi Al-Quran dan Fardhu ain (AQFA 2010)
akan diadakan pada :-

Tarikh : 13, 14, 15, 20, 21 & 22 Disember 2010
( Isnin, Selasa & Rabu )

Masa : 09.00 am - 12.00 pm

Tempat : Surau Casa II & Bilil Merbuk
Majlis Sukan Negara



Borang Penyertaan Akademi AQFA 2010
Syarat Penyertaan :

1) Terbuka kepada 40 peserta anak ahli Kelab MSN berumur tidak melebihi 19 tahun.
2) Yuran Pendaftaran sebanyak RM 20.00
3) Menyerah borang & yuran pendaftaran sebelum 09 Disember 2010
kepada En. Mohd Zaidi Ibrahim samb : 9751 / 017-2135393


TENTATIF


TENTATIF AKADEMI


13, 14, 15, 20 & 21 Disember 2010

( Isnin, Selasa & Rabu selama 2 minggu )

09.00 am : Kelas hafazan & tahsin

10.15 am : Minum pagi

10.30 am : Solat Dhuha

10.45 am : Kelas Fardhu Ain

12.00 pm : Bersurai


22 Disember 2010 ( Rabu )

09.00 am : Saringan Akhir AQFA 2010

10.15 am : Minum pagi

10.30 am : Solat Dhuha

11.30 am : Majlis Penutup

- Bacaan Al-Quran dari peserta

- Ucapan Penutup Akademi AQFA 2010

- Penyampaian Hadiah & Cenderahati

- Bacaan Doa Penutup

12.00 pm : Makan Tengah Hari

Bersurai


Tuesday, November 30, 2010

Majlis Pembudayaan & Penghayatan Al-Quran (Disember 2010)


MAJLIS PEMBUDAYAAN & PENGHAYATAN AL-QURAN (DISEMBER 2010)

Tarikh : 03 Disember 2010 / 26 Zulhijjah 1431H (JUMAAT)

Tempat : Surau Casa II

Masa : 8.00 am

Pegawai, Jurulatih dan Atlet Majlis Sukan Negara Dijemput Hadir.

Sunday, November 28, 2010

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Dato' Zolkples mengaminkan doa di atas kejayaan Sukan Asia XVI


SEPANG - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong khuatir dengan kemungkinan dua sukan penyumbang lima pingat emas Malaysia pada Sukan Asia Guangzhou, skuasy dan boling tidak dipertandingkan dalam temasya itu di Incheon, empat tahun lagi.

"Di Incheon tugas kita mempertahankan sembilan emas yang dicapai di Guangzhou, lebih berat (bukan sahaja bagi sukan yang gagal menang emas), kerana ada desus-desas Incheon hanya mempertandingkan 28 jenis sukan, dengan tujuh sukan bukan Olimpik. Mungkin boling dan skuasy, jadi kita mungkin kehilangan lima emas.

"Walaupun keutamaan kita kepada sukan bertaraf Olimpik, kita tidak boleh abaikan sukan lain yang menunjukkan prestasi baik di peringkat antarabangsa.

"Malah bagi sukan bertaraf Olimpik sahaja di antara 18 perak Malaysia di Guangzhou, kita begitu hampir memenangi emas atau tewas tipis seperti dalam badminton, pelayaran dan ekuestrian," katanya.

Zolkples, ketua kontinjen negara ke Guangzhou yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam menambah: "Program Road To London 2012, bagi sukan berpotensi pingat akan diteruskan tetapi dengan beberapa kajian semula manakala sukan lain, kita akan sasarkan bagi jangka panjang iaitu 2016 dan 2020 dan seterusnya.

"Kita kini perlu jadi selektif, tidak boleh tumpu kesemua 28 jenis sukan Olimpik, kerana bakat sukan kita terhad, tetapi mana yang tidak menyerlah di Guangzhou, bakal menjejaskan kedudukannya dalam London 2012. Namun terjun dan menembak berpotensi untuk dibantu lagi," katanya.

Jelasnya, masih terlalu awal untuk menamakan hoki dan bola sepak ke program berkenaan, biarpun kedua-dua sukan berpasukan itu menunjukkan pencapaian membanggakan, dengan meraih pingat perak dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia Guangzhou dalam tempoh 32 tahun.

"Kalau kedua-duanya dipertimbangkan, mungkin ada sukan lain yang turut perlu dilihat. Bagi Program Road To London 2012, kita hanya tumpukan sukan yang berpotensi pingat Olimpik. Selepas ini kita kaji jika ada tanda bahawa skuad hoki negara mampu bersaing dengan negara bakal pemenang pingat, mungkin boleh.

"Bagi bola sepak, kalau mereka juara Piala Suzuki AFF (dengan sebahagian besar pemain skuad Sukan Asia), mungkin kita juga akan cuba tengok. Malah sejak menjuarai Sukan SEA, pasukan ini menunjukkan banyak peningkatan seperti mana di Guangzhou malah tanpa 10 pemain utama, masih boleh bersaing dengan pasukan handalan Asia," katanya.

Mengenai prestasi skuad sepak takraw di Guangzhou yang memanjangkan kemarau emas kepada dua dekad sehingga Incheon 2014, katanya: "Saya tidak salahkan sesiapa kerana saya juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Guangzhou.

"Kami tetap bersama PSM, cuma kita perlu fikirkan apa yang lebih baik yang boleh dilakukan untuk pasukan negara. Kalau setakat kita buat seperti sekarang dengan latihan biasa, saya tidak fikir kita tidak boleh menandingi Thailand, mereka sudah banyak tahap ke depan.

"Selain mahu mengatasi Thailand, kita harus berhati-hati agar jangan ditewaskan pasukan seperti Jepun, Korea dan China atau Myanmar yang terbukti meningkat di Guangzhou," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

Sunday, November 7, 2010

Majlis Pembudayaan & Penghayatan Al-Quran (November)


MAJLIS PEMBUDAYAAN & PENGHAYATAN AL-QURAN (NOVEMBER 2010)

Tarikh : 12 November 2010 / 05 Zulhijjah 1431H (KHAMIS)

Tempat : Surau Casa II

Masa : 8.30 am


Ceramah Agama November 2010


CERAMAH AGAMA BULAN NOVEMBER 2010

"AGUNGNYA PENGORBANAN"

Disampaikan Oleh : Ust Hj. Fauzi Mustaffa (Pengacara Al-Kulliah Tv3)

Tarikh : 11 November 2010 / 04 Zulhijjah 1431H (KHAMIS)

Tempat : Auditorium 1

Masa : 2.45 Pm



Tuesday, October 19, 2010

Ceramah Agama Bulan OKTOBER 2010


"MABRUR YANG DILUPAI"

Oleh : Ust. M.Hasnil Abu Bakar
(Perunding Ibadah Haji -TH Travel)

Tarikh : 21 Oktober 2010
13 Zulkaedah 1431H

Tempat : Auditorium 1



Masa : 2.45 pm

Monday, October 18, 2010

HARI INI BERSEJARAH "AZAN "


18 Oktober 2010


...menjadi sejarah kepada bangunan pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia kerana Hari ini bermulanya laungan azan rentetan kesan daripada ceramah "Keajaiban Azan" yang disampaikan oleh Dr. Azhar Syarif dalam Ceramah Agama Bulanan yang mendedahkan kepentingan mendengar azan dan kesan positif di dalam kehidupan harian dalam konteks saintifik.


Rentetan itu, En. Abd Rashid bin Yaakub selaku Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (PBT) telah mengarahkan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) melalui Ketua Cawangan Pentadbiran agar merealisalikan laungan azan di premis bangunan pentadbiran. Terima kasih kepada semua warga MSN yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan diatas usaha yang murni ini. Semoga perkara yang baik yang telah bermula dapat diistiqomahkan seterusnya sehingga hari Qiamat. pastinya pahala dan keberkahan bertambah tambah di tempat kerja kita..


Anda adalah bertanggungjawab bersama UHEI meneruskan kerja-kerja amal lagi baik ini.
Jom solat di Surau Casa 2..lebih2 lagi waktu Zohor dan Asar..

Wednesday, October 6, 2010

MAJLIS PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN

MAJLIS PENGHAYATAN & PEMBUDAYAAN AL-QURAN

Pada :
JUMAAT
8 Oktober 2010 / 29 Syawal 1431 H

Masa :
8.00 am

Tempat :
Surau Casa II
Majlis Sukan Negara


MUSLIMIN & MUSLIMAT dijemput HADIR

Ceramah Agama Bulan OKTOBER 2010


" PENGHAYATAN SYAWAL "

Disampaikan oleh S.S Ust. Zaidi Ramli (Mantan Timb. Mufti Negeri Sembilan)

Pada : 07-10-2010 / 28 Syawal 1431H
( Khamis )
Masa : 2.45 pm
Temp : Auditorium 1

***Anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan***

Pegawai, Jurulatih dan Atlet Dijemput Hadir....


Thursday, September 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H

Rasulullah Bersabda :

Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian ditambah dengan puasa 6 hari di Bulan Syawal,
ganjarannya seumpama berpuasa setahun

-Hadith Riwayat Muslim-

Monday, August 30, 2010

Kaunter Pungutan Zakat Fitrah Majlis Sukan Negara


Lokasi Kaunter Pembayaran Zakat Fitrah Majlis Sukan Negara :
  1. Lobi Utama Majlis Sukan Negara - Jam 830am-9.30am & 3.00pm-4.00pm
  2. Pejabat Unit Hal Ehwal Islam MSN (CASA II) - 11.00am-12.00pm & Selepas Asar
KADAR ZAKAT FITRAH WILAYAH PERSEKUTUAN : RM 7.00 Seorang

* Bagi Keterangan Lanjut, Hubungi Amil Lantikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan :
Ust Mohammad Hasnol Abu Bakar (samb : 0539 / 019 9677836)

Ucapan YBHG. Dato' Zolkples Embong (Ketua Pengarah MSN) Sempena Ramadhan 1431H

ucapan Ramadhan KP from alan82 on Vimeo.

Monday, August 9, 2010

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN 1431H


1 ) Solat Terawih pimpinan Imam Tahfiz
( 1-30 Ramadhan 1431H di Surau Casa II MSN & Surau Al-Muttaqin Vista MSN )

2 ) Tadarus Al-Quran
( Hari Isnin - Khamis Jam 12.30Pm Di Surau Casa II )

3) Kelas Al-Quran Bersama Imam Tahfiz
( Di Surau Casa II Jam 11.00am-12.00pm & 2.00pm -3.00pm )

4) Perkhidmatan Pungutan Zakat Fitrah
( Pembayaran kepada Ust Muhammad Hasnol Abu Bakar di Pejabat Unit Hal Ehwal Islam )

5) Ceramah Agama Bulanan Sempena Nuzul Al-Quran
26 Ogos 2010 / 16 Ramadhan 1431H (Khamis)
Di Auditorium 1 jam 2.15pm

6) Majlis Penghayatan & Pembudayaan Al-Quran (MPPQ)
&
Majlis Khatam Al-Quran (Tadarus) & Qiam Dhuha
Di Surau Casa II jam 8.30 am

Sunday, August 8, 2010

TANYALAH USTAZ BERKAITAN RAMAHDAN DAN IBADAH PUASA


Tarikh : 10 OGOS 2010 / 29 Syaaban 1431 H
Selasa

Masa : 10.00 am

Tempat : Auditorium 1 MSN

Anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan

( Dijemput kepada semua yang berkelapangan )

Thursday, July 1, 2010

MAJLIS PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN

MAJLIS PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN
Pada : 02 Julai 2010 / 19 Rejab 1431 H
Jumaat
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Surau Casa II

Pegawai, Jurulatih, dan Altet Dijemput Hadir

Tuesday, June 22, 2010

CERAMAH AGAMA JUN 2010


"Berkongsi pengalaman bersama UST HASANUDDIN MOHD YUNUS"

( bekas tahanan rejim israel yang menawan kapal MAVI MARMARA )


Pada : 28 JUN 2010 ( ISNIN )
Masa : 2.45 pm
Tempat : Auditorium 1


Warga Majlis Sukan Negara dijemput hadir....


MAJLIS BACAAN YASIN ( CABARAN 2010 )

Pada : 24 JUN 2010 ( Khamis malam Jumaat )
Masa : 6.30 pm
Tempat : Surau Casa II



Tentatif Program :-


6.45 pm : Bacaan Yasin

7.27 pm : Solat Maghrib

8.00 pm : CERAMAH CABARAN 2010 ( Ust Nizam Kamaruddin )

: Solat Isyak & Solat Hajat

: Minum Malam



Muslimin & Muslimat di Jemput Hadir dan Di hebah-hebahkan....


Sunday, May 23, 2010

SATU KEYAKINAN SATU DUNIA


CERAMAH AGAMA BULAN MEI 2010

Tarikh : Khamis ( 27Mei 2010/13 jamadil Akhir 1431 )
Masa : 02.45 pm
Tempat : Auditorium 1 MSN


PEGAWAI, JURULATIH dan ATLET DIJEMPUT HADIR

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ( MEI 2010 )


Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Tarikh : 27 MEI 2010 / 13 Jamadil Akhir 1431
Masa : 7.15 pm - 9.00 pm
Tempat : Surau Casa 2


PEGAWAI, JURULATIH DAN ATLET DIJEMPUT HADIR.

Sunday, May 2, 2010

MAJLIS PEMBUDAYAAN DAN PENGHAYATAN AL-QURAN


MAJLIS PENGHAYATAN & PEMBUDAYAAN AL-QURAN

PADA : 7 MEI 2010 / 23 JAMADILAWWAL 1431
( JUMAAT )

MASA : 8.00 am
TEMPAT : SURAU CASA II

Tuesday, April 27, 2010

Ingat Allah adalah hiburan bagi golongan yang beriman


MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.

Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah. Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling. Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.

Ada tiga kategori hiburan:

i- Bagi seorang mukmin ialah iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan.

Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal.

Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang."


ii- Hiburan kategori kedua iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.

Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.

iii- Hiburan kategori ketiga paling popular terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam dan berpasangan adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.

Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan. Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.

Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan.

Anugerah Sukan Negara 2009

KUALA LUMPUR – Kejayaan merangkul pingat perak Kejohanan Trek Dunia Dunia melayakkan jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2009.

Namun, tumpuan peminat sukan tanah air pada Anugerah Sukan Negara, semalam turut terarah kepada kehebatan ratu skuasy, Datuk Nicol David mendominasi gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali kelima berturut-turut sejak memenanginya pada 2005.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah tersebut.

Nicol diwakili oleh Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia, Datuk A. Sani Karim.

Turut mencemar duli ke majlis tersebut ialah Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Bagi Azizulhasni, 22, yang terkenal dengan jolokan The Pocketrocketman, kejayaan muncul pelumba Malaysia pertama memenangi pingat pada Kejohanan Trek Basikal Dunia di Poland menjadi kekuatan untuk membawa pulang anugerah buat kali pertama.

Biarpun sekadar meraih perak, kejayaan dalam acara pecut di Pruszkow itu tetap pencapaian yang amat bermakna kerana lumba basikal merupakan sukan yang sangat kompetitif, di mana saiz badan turut memainkan peranan.

Azizulhasni dengan tubuh yang kecil mampu memberi saingan hebat kepada lawan yang jauh lebih sasa, terutama dari Eropah, sekali gus layak diangkat sebagai ikon sukan kerana semangat dan keberaniannya.

Selain meraih perak Kejohanan Dunia, penuntut University Deakin Australia itu turut menjuarai pusingan kedua Piala Dunia Klasik dan juara pecut Grand Prix Medellin di Colombia.

Unit Hal Ehwal Islam mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol David diatas Anugerah Sukan Negara.

Tuesday, March 30, 2010

Monday, March 15, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H



Sempena kedatangan Bulan Rabiul Awwal warga sukan di MSN dan ISN tidak ketinggalan untuk meraikan kelahiran Junjungan Besar Rasullullah SAW dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Antaranya satu talk show khas untuk atlet sempena Karnival Jati Diri Atlet pada 25hb Feb 2010 (khamis mlm jumaat) dengan penampilan Dr Azhar Sharif bertajuk "Keajaiban Rasulullah" dan Ceramah khas pada 12 Mac (Jumaat) untuk warga vista oleh Us Mohd Hanafiah Nawawi dari Bank Rakyat yang turut diserikan dengan pertandingan azan untuk remaja vista.

Kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MSN dan ISN pula akan diadakan pada 19hb Mac (Jumaat) bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari dengan perarakan bermula dari gate A sehingga ke Dewan Komanwel MSN. Manakala untuk sesi Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul menampilkan ahli panel akan diketuai oleh Ustaz Haji Aluwi Bin Parman (JAIS) dan Dr Arip Bin Kosmo(UKM) dan dipengerusikan oleh Ustaz Heryanto Rizal Rokman.

Majlis Sambutan ini akan dirasmikan oleh YBhg Dato' Zolkples Bin Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang akan diserikan dengan bacaan suci ayat Al-Quran oleh Johan Akademi Quran Ustaz Hj Mohd Shukri Hj Ali. Majlis bakal diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan dikuti dengan dengan jamuan makan tengahari.


Thursday, March 11, 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia





KUALA LUMPUR, 10 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyampaikan ucapan takziah di atas pulangnya ke rahmatullah Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr Mohamed Sayed Tantawi akibat serangan jantung semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Laporan agensi berita Al-Jazeera melaporkan Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar iaitu pusat pengajian sunnah yang tersohor di dunia Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata kematian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam dan ketamadunan kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh ulama bertaraf antarabangsa.



“Allahyarham telah banyak memberi sumbangan dalam dunia keilmuan. Jakim khususnya selama ini banyak merujuk kepada pandangan dan pendapat Allahyarham di dalam perkara-perkara berkaitan penyelidikan Islam khususnya bidang kefatwaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Allahyarham banyak menabur jasa dan sumbangan dalam membantu Malaysia di dalam pendidikan dengan memberi ruang dan peluang pendidikan kepada para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

“Jakim mendapat berita sedih ini melalui pegawai Jakim yang bertugas sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Abdullah Mat yang memaklumkan Allahyarham kembali ke rahmatullah ketika berada di Riyadh, Arab Saudi atas jemputan kerajaan Arab Saudi untuk menerima anugerah Al-Malik Faisal Antarabangsa,” katanya. — Bernama

Monday, February 22, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (1431H) PERINGKAT ATLET

TAJUK : KEAJAIBAN RASULULLAH (TALK SHOW MULTIMEDIA)
OLEH : DR. AZHAR HJ.SARIP
( SOUL POWER TRAINING SDN. BHD )
TARIKH : 25 FEBRUARI 2010
( KHAMIS MALAM JUMAAT )
TEMPAT : SURAU CASA II
MASA : 7.15PM - 9.30PM


Sunday, February 21, 2010

Ceramah Agama Bulan Februari 2010

TAJUK : "KEAJAIBAN AZAN"
OLEH : DR. AZHAR HJ. SARIP
( SOUL POWER TRAINING )
TARIKH : 23 FEBRUARI 2010 / 09 RABIULAWAL 1431
( SELASA )
TEMPAT : AUDITORIUM II
MASA : 2.45 PM

Friday, February 5, 2010

Selamat bila Ikut perintah Allah

Ikut perintah Allah jika mahu selamat


LanH14


TIDAK lama dulu penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan?

Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan.

Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang.

Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT.

Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka.

Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT?

Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, January 14, 2010

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Tarikh : 15 Januari 2010 (Jumaat)
Tempat : Surau Casa 2
Masa : 4.00 pm



Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada Hari Jumaat 15 Januari 2010 antara pukul 3 petang - 5.30 petang.

Shalat kusuf (gerhana bulan) dan khusuf (gerhana matahari) merupakan sunnat mua’kkad. Disunatkan bagi orang muslim untuk mengerjakannya.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HADITH Riwayat IMAM Bukhari)


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).

ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).

* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan

(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”


(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :

i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.

ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.

iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

Matla’ Badrain.

Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.

Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L

Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

http://www.islamweb.net

KAMUS ARAB