Pages

Monday, December 20, 2010

Atlet Pasang Azam Baru Sempena Maal Hijrah


KUALA LUMPUR - Sempena Maal Hijrah 1432 Hijrah, semalam beberapa atlet negara yang beragama Islam tidak melepaskan peluang memasang azam baru. Bagi atlet lari berpagar, Norasheela Khalid, tiada apa yang diimpikannya selain sihat tubuh badan agar mampu menyumbang sedikit lagi keringat buat negara tercinta.

"Sudah tentu saya berharap mahu kekal sihat dan berlatih dengan baik kerana tahun depan, banyak kejohanan yang mahu saya sertai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Atlet lari 400 meter berpagar itu juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk membangunkan lagi arena sukan olahraga negara.

"Sukan ini memerlukan kerjasama daripada orang yang mencintai sukan ini sahaja, bukan mereka yang mempunyai agenda di sebalik itu," katanya.

Penyerang skuad bola sepak kebangsaan,

Zaquan Adha Abdul Razak pula memasang dua impian iaitu dalam kerjaya dan juga peribadinya .

"Saya cuba untuk menjadi pemain yang terbaik untuk musim depan dan memperbaiki setiap kelemahan kerana selain buruan liga kebangsan, saya juga mahu melakukan kerja cemerlang dalam kelayakan Piala Dunia.

"Selain itu, jika dipermudahkan oleh-NYA, saya akan menamatkan zaman bujang tahun hadapan dan mahu menjadi suami yang terbaik untuk keluarga yang akan saya bina nanti," katanya.

Penembak emas Sukan Komanwel Delhi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim pula berharap, langkahnya dalam sukan menembak tidak sumbing meskipun dia akan melanjutkan pelajaran di universiti.

"Alhamdullilah, saya akan memulakan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Sains Sukan bermula tahun depan dan berharap semuanya berjalan lancar sahaja," ujarnya yang mahu mengejar kejayaan di Sukan SEA pula.

Penunggang motosikal kebanggaan negara, Mohd. Zulfahmi Khairuddin pula mahu menghidupkan api semangat yang lebih tinggi ketika saingannya dalam MotoGP memasuki tahun kedua nanti.

"Tahun ini begitu mencabar buat saya kerana baru pertama kali beraksi di kejuaraan dunia dan memasuki tahun kedua, apa yang saya inginkan, ada sesuatu yang lebih baik.

"Mungkin, tahun depan tunggangan lebih selesa kerana saya telah pelajari cabaran di Eropah dan saingan saya," jelas pelumba kelas 125cc itu.

Sementara itu, permulaan Maal Hijrah kali ini begitu bererti buat raja pecut Le Tour De

Langkawi (LTDL) 2010,

Anuar Manan kerana tanggungjawabnya menjadi lebih sukar tahun hadapan.

"Impian saya adalah untuk mengekalkan jersi hijau LTDL dan saya hanya mengharapkan aksi cemerlang untuk itu dan beberapa kejuaraan besar lagi," katanya yang mempunyai sebulan lagi sebelum perlumbaan basikal terulung negara itu memulakan kayuhan.





http://www.nsc.gov.my

Sunday, December 12, 2010

PENGHAYATAN HIJRAH 1432 H

CERAMAH AGAMA BULAN DISEMBER 2010
" PENGHAYATAN HIJRAH "


Di Sampaikan Oleh : Ust Khairuddin Aman Razali



Tarikh : 16 Disember 2010 / 10 Muharam 1432H (KHAMIS)

Tempat : AUDITORIUM 1

Masa : 2.45 am

Pegawai, Jurulatih dan Atlet Majlis Sukan Negara Dijemput Hadir.


HADITH KELEBIHAN 10 MUHARRAM

para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W:

"Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

Saturday, December 4, 2010

Akademi Al-Quran & Fardhu Ain ( AQFA-2010 )

Akademi Al-quran & Fardhu ain
Kelab Sukan & Kebajikan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Akademi Al-Quran dan Fardhu ain (AQFA 2010)
akan diadakan pada :-

Tarikh : 13, 14, 15, 20, 21 & 22 Disember 2010
( Isnin, Selasa & Rabu )

Masa : 09.00 am - 12.00 pm

Tempat : Surau Casa II & Bilil Merbuk
Majlis Sukan Negara



Borang Penyertaan Akademi AQFA 2010
Syarat Penyertaan :

1) Terbuka kepada 40 peserta anak ahli Kelab MSN berumur tidak melebihi 19 tahun.
2) Yuran Pendaftaran sebanyak RM 20.00
3) Menyerah borang & yuran pendaftaran sebelum 09 Disember 2010
kepada En. Mohd Zaidi Ibrahim samb : 9751 / 017-2135393


TENTATIF


TENTATIF AKADEMI


13, 14, 15, 20 & 21 Disember 2010

( Isnin, Selasa & Rabu selama 2 minggu )

09.00 am : Kelas hafazan & tahsin

10.15 am : Minum pagi

10.30 am : Solat Dhuha

10.45 am : Kelas Fardhu Ain

12.00 pm : Bersurai


22 Disember 2010 ( Rabu )

09.00 am : Saringan Akhir AQFA 2010

10.15 am : Minum pagi

10.30 am : Solat Dhuha

11.30 am : Majlis Penutup

- Bacaan Al-Quran dari peserta

- Ucapan Penutup Akademi AQFA 2010

- Penyampaian Hadiah & Cenderahati

- Bacaan Doa Penutup

12.00 pm : Makan Tengah Hari

Bersurai


KAMUS ARAB