Pages

Sunday, December 18, 2011

Ceramah Agama Bulan Disember 2011

"RENEW KONTRAK 2012"
Ceramah Agama Bulan Disember 2011

   Tarikh : 22 Disember 2011 / 26 Muharam 1433H
                (KHAMIS)                                   . 
  Masa   : 02.40 petang                                             .
Tempat : Auditorium I                                         .

*****PEGAWAI, JURULATIH dan ATLET dijemput hadir*****

Friday, December 2, 2011

Bubur Asyura VS Puasa Sunat Asyura

Hari Asyura (10 Muharam 1433H / 6 Disember 2011 )



Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. 

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura



  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  3. Memuliakan fakir miskin
  4. Menahan marah
  5. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak
  11. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa

[sunting]
Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.[3]

Saranan



Rentetan ini, digalakan ummat islam menambah amalan dengan berpuasa, bersedekah dan melakukan kebaikkan
khusus di Hari Asyura (10 muharam) ini. Disarankan kepada pembaca agar berpuasa sunat isnin (9 muharam 1933H / 5 disember 2011) kemudian diikuti dengan berpuasa 10 muharam 1433H (selasa). Semoga kedatangan tahun baru 1433 hijrah kali ini dapat menambah keimanan kita kepada pencipta. 

Sumber : Hari Asyura

Monday, November 28, 2011

Majlis Penghayatan Dan Pembudayaan Al-Quran (MPPQ-12/2011)

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran Bulan Disember 2011

   Tarikh : 02 Disember 2011 / 02 Muharam 1433H
                (JUMAAT)                                   . 
  Masa   : 08.00 pagi                                             .
Tempat : Surau Casa II                                         .

TANTATIF PROGRAM

- Bacaan ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa ayat 128 - 140
- Tazkirah Berkaitan Ayat yang Dibaca                                       .
- Jamuan Minum Pagi  

*****PEGAWAI, JURULATIH dan ATLET dijemput hadir*****

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah

 Selamat menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1433 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1433 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik dan pemerintahan, amalkanlah dengan cara Islam yang sebenar, yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Buat Kontinjen Negara di Sukan Sea ke XXVI

 JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.

Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!

Monday, November 21, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK AHLI KELAB MSNM 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK AHLI KELAB MSNM 2011

SPRITUAL LEARNING FOR FUN

terhad kepada 30 PESERTA sahaja yang berumur 10 - 17 TAHUN

Tarikh : 8 Disember 2011 (KHAMIS)
Tempat : SHAH ALAM (pengangkutan disediakan dari MSNM)
Bayaran Pendaftaran : RM 10 (anak ahli) RM 50 (bukan ahli)

BORANG PENYERTAAN

>> Pendaftaran dibuka sehingga 02/12/2011 (Jumaat) 
>> Hubungi En.Azwira Zainol - 03 89969823 / En.Mohd Reza Abd Rashid - 03 89969951

Ceramah Agama Bulan November 2011

CERAMAH AGAMA BULAN NOVEMBER 2011

           "PENGHAYATAN HIJRAH DALAM KEHIDUPAN"
Disampaikan Oleh : UST. HJ. AHMAD MUSTAFA MOHD SIDIN
                               (Imam Besar Masjid Negeri Selangor D.E)
                  Tarikh : 24 NOVEMBER 2011 (KHAMIS)
                   Masa : 2.45 pm
                Tempat : Auditorium 1 

.......................Saguhati KUIZ menanti para tetamu...................
>>>PEGAWAI, JURULATIH & ATLET DIJEMPUT HADIR<<<

Wednesday, November 2, 2011

Konsep Korban Aidil Adha


Pengertian Qurban
Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” – Surah al-Haj:36
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah.” – Surah al-Kauthar:2
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.” – Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim
Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.” Mereka bertanya: “maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.” – Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah
Hukum Berqurban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).
“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
Sumber : http://www.qurban2u.com

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran Bulan November 2011


Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran Bulan November 2011

Tarikh : 04 November 2011 / 08 Zulhijjah 1432H
     (JUMAAT)                                   . 
Masa   : 08.00 pagi                                             .
Tempat : Surau Casa II                                         .

TANTATIF PROGRAM

- Bacaan ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa ayat 114 - 127
- Tazkirah Berkaitan Ayat yang Dibaca                                       .
- Jamuan Minum Pagi         

Sunday, October 2, 2011

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran Bulan Oktober 2011

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran (MPPQ - 10/2011)



Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran Bulan Oktober 2011

Tarikh : 07 Oktober 2011 / 09 Zulkaedah 1432H
     (JUMAAT)                                   . 
Masa   : 08.00 pagi                                             .
Tempat : Surau Casa II                                         .

TANTATIF PROGRAM

- Bacaan ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa ayat 102 - 113
- Tazkirah Berkaitan Ayat yang Dibaca                                       .
- Jamuan Minum Pagi                                                                  . 

>> PEGAWAI, JURULATIH & ATLET DIJEMPUT HADIR <<

Majlis Bacaan Yasin Sempena UPSR, PMR dan SPM


Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat
Sempena Peperiksaan Anak-anak Ahli Kelab MSN
UPSR, UPSRA, PMR dan SPM sesi 2011

Tarikh : 04 Oktober 2011 / 06 Zulkaedah 1432H
(RABU)                                   . 
Masa   : 12.15 Tengahari                                     .
Tempat : Surau Casa II                                         .


TANTATIF PROGRAM

- Bacaan Yasin dan Doa Selamat Khas Sempena Peperiksaan Anak-anak Ahli Kelab MSN
- Solat Zohor Berjamaah                                                                                                    .
- Solat Hajat                                                                                                                       .
- Jamuan Makan Tengahari                                                                                                 .

>>>>>> AHLI KELAB MSN DIJEMPUT HADIR <<<<<

Thursday, August 18, 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Qiam Dhuha 1432H


Majlis Khatam Al-Quran & Qiam Dhuha 
Majlis Sukan Negara Malaysia
2011 / 1432 H

Tarikh   : 24 Ogos 2011 (Rabu)
Masa    : 8.30 am    
Tempat : Surau Casa II, Majlis Sukan Negara Malaysia

Tentatif Program :
- Solat Dhuha
- Solat Tasbih (Bimbing Ust Imran Nasuha - Imam Masjid Subang Jaya)
- Majlis Khatam Al-Quran ( Bimbingan Ust Khairi Abdullah - Imam Masjid Sri Petaling)
- Penyampaian Cenderahati

>>>>PEGAWAI, JURULATIH & ATLET DIJEMPUT HADIR<<<<<<<<<<

Sunday, August 14, 2011

Ceramah Agama Bulan Ogos 2011

CERAMAH AGAMA BULAN OGOS 2011

Tajuk : BEBASKAN PALESTIN, SELAMATKAN AL-AQSA

Bersama : 
DR. MIFTAHUDDIN KAMIL
(Sukarelawan Aman Palestin)

Pada :
16 Ogos 2011 
(SELASA)

Bermula Jam 2.00pm
Di AUDITORIUM 1
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA


Majlis Berbuka Puasa 2011 / 1432 H


Monday, July 4, 2011

Majlis Isra' Mikraj dan Tahlil Arwah ( MIMTA 1432H / 2011 )




Tentatif :  

8 Julai 2011 / 6 Syaaban 1432H (JUMAAT)  
        
                        6.30 pm    - Bacaan Yasin & Doa Selamat
     (SESI I)     8.00 pm    - Forum Isra' Mikraj
                        9.30 pm    - Jamuan Makan Malam
 
9 Julai 2011 / 7 Syaaban 1432H (SABTU)
                     
                        4.30 pm    - Qiamulail Ambang Ramadhan 1432H
    (SESI II)     6.15 pm    - Tazkirah Ambang Ramadhan 1432H
                        7.00 pm    - Jamuan Pagi
    


PEGAWAI-ATLET & JURULATIH DIJEMPUT HADIR....



Borang Majlis Tahlil Arwah

Thursday, June 23, 2011

CERAMAH JUN 2011 sempena HARI BAPA



TAJUK : "PENGORBANAN AYAH"

Tarikh  : 29 JUN 2011 / 27 REJAB 1432H
Masa    : 2.45 petang
Oleh     : Ustaz Don Danial Don Biyazid 
               (Pensyarah KUIS)

PEGAWAI-ATLET & JURULATIH DIJEMPUT HADIR....



Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

KAMUS ARAB