Pages

Monday, December 3, 2012

Solat tetapi masih membuat maksiat??

SOLAT TETAPI MASIH BUAT MAKSIAT

“Ko ni solat punya lah laju…kalah KLIA Ekspress. Slow2 la brader” Tegur Anelka kepada Van Persie.
“Aku nak cepat ni..kita kan dah bertahun-tahun solat…takkan tak cekap lagi..makin cekap, makin ekspress la!! lagipun cikaro lakoro aku tunggu kat dalam kereta tu” Balas Van Persie sambil tersenyum diangkatnya kening tanda bergurau.

Solat memang solat…tetapi kenapa ianya masih tidak mampu menghalang dari berbuat dosa. Bukan salah solat. tapi mungkin salah cara kita dalam bersolat.
Solat merupakan batu asas bagi agama. Bahkan dalam Islam, diserlahkan kekuatan solat itu sehingga ianya diisytihar sebagai benteng kukuh yang mampu mencegah kita daripada perbuatan maksiat. Malah ianya sering disebut-sebut sebagai jaminan pasti bagi kita dalam menolak perbuatan mungkar.
Tokoh ulama dari Tunisa Syeikh Tahir Ibn A’syur, di dalam kitabnya Maqasid al-Syariah, menyatakan bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Justeru dalam persoalan solat juga terdapat manfaatnya tersendiri.  Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Ankabut: 45).
Ayat ini memahamkan kita bahawa dengan solat manfaatnya ialah kita dapat menghidari perbuatan mungkar. Kita juga sering mewar-warkan bahawa dengan melakukan solat maka secara pasti kemungkaran akan dihindari. Namun realitinya dari segi praktikal, ramai yang tertanya-tanya. Kenapa masih lagi terdapat perbuatan mungkar dan maksiat sedangkan si pelaku tersebut seorang yang tidak meninggalkan solat. Bukankah kehidupan realiti ini menggambarkan ianya seolah-olah bercanggah dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran.
Sebenarnya, hakikat maksud al-Quran itu langsung tidak bercanggah dengan realiti kehidupan manusia. Boleh jadi solat yang dilakukan kita itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam menghindarkan diri dari perbuatan mungkar.
Jadi tidak menghairankan apabila Nabi SAW meletakkan graf tertentu kepada pelaku solat. Ada yang solat yang sempurna dan ada sebaliknya. Baginda pernah bersabda :
Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.
Cuba kita lihat dari sudut takrifan solat. Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Jika dirujuk kepada takrifan ini semata-mata, maka kita hanya akan memandang bahawa pensyariatan solat ini lebih berkisar kepada zahir amalan. Tentang tatacara, rukun, syarat dan sebagainya. Namun, solat sebenarnya bukan sekadar ibadah anggota badan sahaja. Namun ianya merupakan ibadah yang diteraskan dari hati sanubari seorang Muslim.
Disebabkan itu Syeikh Muhammad Bayumi dalam kitabnya ‘Akhta’ al-Musallin min Takbir ila Taslim menyatakan bahawa orang yang hendak melakukan solat (iaitu sebelum solat) sudah semestinya ia tidak melakukan kejahatan dengan tangannya, tidak berkata kesat, tidak melihat yang diharamkan. Ini kerana perbuatan hendak melakukan solat itu sendiri secara automatik membendung rasa inginkan kemungkaran.

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran Disember 2012

 
Majlis Sukan Negara akan mengadakan Majlis Penghayatan & Pembudayaan Al-Quran Bulan Disember 2012  seperti berikut :-

    Tarikh     : 07 Disember 2012 (Jumaat)
    Masa       : 08.00am
    Tempat    : Surau Casa II
    Surah       : Al-Maidah ayat 77-89 (m/s : 121-122)

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Pegawai, Jurulatih dan Atlet menghadiri Majlis ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday, November 19, 2012

HIJRAH 1434 MEMBAWA BARAKAH

Majlis Sukan Negara akan mengadakan Ceramah Agama Bulan November 2012 bertajuk "HIJRAH membawa BARAKAH"  akan diadakan seperti berikut :-

    Tarikh     : 21 November 2012 (Rabu)
    Masa       : 02.30 petang
    Tempat    : Auditorium I MSN
    Oleh        : Ust. Halim Hafidz
                      (Mantop Travel & Tours Sdn Bhd)

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Pegawai, Jurulatih dan Atlet menghadiri Majlis ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Majlis Solat Hajat & Qunut Nazilah penindasan Rakyat Palastin


Majlis Solat Hajat & Qunut Nazilah penindasan Rakyat Palastin

Tarikh    : 20-22 November 2012
Masa      : 1.00pm (Selepas Solat Zohor)
Tempat   : Surau Casa II, Majlis Sukan Negara

"Pegawai, Atlet dan Jurulatih Dijemput Hadir Bersama-sama Mendoakan Kesejahteraan Rakyat Palastin Yang Sedang Ditindas"


Penduduk melihat kemusnahan rumah keluarga 
al-Dallu selepas jet Israel melancarkan peluru berpandu.


Sunday, October 21, 2012

Majlis Ibadah Qurban 1433H


Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Vista MSN akan mengadakan Majlis Ibadah Qurban 1433H.  Majlis akan diadakan seperti berikut :-
    Tarikh     : 29 Oktober 2012 / 13 Zulhijjah 1433H
                      (Isnin)
    Tempat    : Perkarangan Vista MSN
    Bermula  : 07.00 am   
                      - Taklimat Ibadah Qurban
                      - Gotong-royong Pelaksanaan Ibadah Qurban
                      - Penyembelihan Bermula
                     : 01.00 pm
                      - Solat Zohor Berjamaah
                      - Jamuan Makan Tengahari

 Senarai Pelaksana Ibadah Qurban MSN 1433 H

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Muslimin dan Muslimat menghadiri Majlis Ibadah Qurban ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, October 16, 2012

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Assalamulaikum dan salam sejahtera…
Sedar tidak sedar,kita sudah memasuki bulan yang cukup istimewa iaitu bulan Zulhijjah.Bagi sesiapa yang inginkan ganjaran dan bonus-bonus yang menarik,bolehla menghayati beberapa tawaran yang telah dianjurkan kepada kita seperti di bawah.Jom sama-sama kita baca dan amalkan.
  • Firman Allah Ta’ala:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.
  • Firman Allah Ta’ala:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (QS. Al-Hajj: 28).Menurut Ibnu Abbas berkata: Hari-hari yang ditentukan adalah “sepuluh hari pertama dari dzul hijjah”.(Sahih Bukhari halaman: 193).
  • Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan dan Al-Turmudzi dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Tidaklah ada suatu hari di mana amal-amal sholeh padanya lebih dicintai oleh Allah selain dari hari-hari sepuluh pertama bulan Dzul Hijjah ini”. Para shahabat bertanya: Tidak juga berjihad di jalan Allah wahai Rasulullah?. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab: Tidak juga berjihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang berjuang di jalan Allah dengan diri dan hartanya lalu dia tidak membawa kembali sedikitpun dari harta dan jiwa yang telah dibawanya). (Sahih Bukhari: no: 969 dan Sunan Turmuzi no: 757 dan ini adalah lafaznya).
  • Diriwyatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Ibnu Umar bahwa shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

IBADAH HAJI DAN KORBAN

Majlis Sukan Negara akan mengadakan Ceramah Agama Bulan Oktober 2012 bertajuk "IBADAH HAJI dan KORBAN, ANTARA IKTIBAR DAN PENGHAYATAN MASA KINI"  akan diadakan seperti berikut :-

    Tarikh     : 18 Oktober 2012 (Khamis)
    Masa       : 02.30 petang
    Tempat    : Auditorium I MSN
    Oleh        : Ust Hj Mohd Ajib Ismail 
                      (Pegawai Penyelidikan JAKIM)
Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Pegawai, Jurulatih dan Atlet menghadiri Majlis ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Thursday, October 11, 2012

SYUKUR ANTARA KEWAJIPAN & LUARBIASA


Ketika Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah dunia, beliau berkata,

“ Ini adalah bahagian dari anugerah  Allah, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur.” (An-Naml: 40).

Manakala Qarun mendapatkan harta yang sangat banyak, dia mengatakan, “Sesungguhnya harta kekayaan ini, tidak lain kecuali dari hasil kehebatan ilmuku.” (Al-Qashash: 78).

Dua kisah menghasilkan akhir kesudahan yang berbeza. Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah di dunia dan akhirat. Sedangkan Qarun mendapat azab di dunia dan akhirat karena kekufurannya akan nikmat Allah.

Demikianlah, jadual hidup manusia tidak terlepas dari dua golongan tersebut. Golongan pertama, manusia yang mendapatkan nikmat Allah dan mereka mensyukurinya dengan sepenuh hati. Manakala  yang kedua mendapat nikmat Allah dan berusaha bersyukur kepadanya.

Sedar atau tidak, hidup manusia tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Kita warga sukan khasnya para atlet sedia maklum hal ini.Kejayaan dalam pertandingan dengan kilauan kiluan pingat adalah nikmat anugerah dariNya samada sukan temasya seperti SUKMA, Sukan SEA dan Sukan Olimpik ataupun pertandingan selain itu.

Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah Nahl, ayat 18)

Tatkala artikel ini  ditulis satu majlis kesyukuran sedang dirancang selepas kejayaan kontijen Malaysia di  Sukan Olimpik  London 2012 dengan membawa 2 anugerah pingat perak dan gangsa bagi kedua kategori.

Majlis Kesukuran ini penting bagi memaknakan warga sukan menjadi golongan yang pertama agar warga sukan sentiasa ada Allah dalam setiap derap langkah usahanya.

Monday, October 8, 2012

Majlis Kesyukuran Sempena Sukan Olimpik 2012


Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Silaturrahin, Gombak Batu 11 akan mengadakan Majlis Kesyukuran sempena kejayaan Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik (Olimpik & Paralimpik) London 2012.  Majlis Kesyukuran akan diadakan seperti berikut :-

    Tarikh     : 11 Oktober 2012 (Khamis)
    Masa       : 06.30 petang
    Tempat    : Masjid Dr. Euduf Teh (Silaturrahim)
                      Batu 11, Gombak
    Pakaian   : Pakaian Solat

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Muslimin dan Muslimat menghadiri Majlis Kesyukuran ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday, September 19, 2012

Tempahan Ibadah Qurban


Firman Allah swt : "Jika sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambahkan lagi nikmat itu " (Surah Ibrahim :7)

Buat semua warga sukan khasnya jurulatih dan atlet program elit, pelapis & paralimpik termasuk yang sudah meraih kejayaan di mana-mana pertandingan dalam dan luar negeri termasuk SUKMA, SEA, Sukan Asia & Olimpik.
Jemputan ini terbuka juga kepada semua warga sukan MSN, ISN, KSN, Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan SSBJ bersama ahli keluarga.

Sesungguhnya antara tips mendapat lagi & lagi kejayaan yang diberkahi masa hadapan selain zakat yang wajib ialah melalui Ibadah QURBAN.

Jom BerQurban ! 

Tahun 2012- menampilkan 2 alternatif samada berqurban di Malaysia dan di Kemboja. Infonya seperti berikut :
1.     MIQ di Malaysia akan diselenggarakan oleh JK Penduduk Vista oleh Tuan Haji Othman Husain.Pembayaran kepada Tuan Haji Zainal Abidin Karim @ Ustaz M.Dahlan. (Rm 350 1 Bahagian).
2.     MIQ Kemboja diselaraskan Ustaz Hasnol bagi pihak MSN. Diselenggarakan JAKIM dengan kerjasama Islamic Ngos (CMIA) di Kemboja. (Rm 260 1 Bahagian)

Tuesday, September 11, 2012

Tempahan Ibadah Qurban MSN

Insyallah Eidul Adha 1433h Hari raya Qurban 2012 semakin hampir.

Mahu berQurban di mana? Dengan siapa !

Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Bahagian Khidmat Pengurusan & AJK Penduduk Vista akan menguruskan Majlis Ibadah Qurban (MIQ) un
tuk warga sukan yang berkemampuan.

Dengan segala hormatnya & sukacitanya menjemput para atlet, pegawai, jurulatih dan warga sukan bagi menyertai PIQ 2012 dengan 2 pendekatan di Msia dan di kemboja :

1) PIQ akan dilangsungkan di perkarangan Vista Bukit Jalil. Ianya akan diuruskan oleh AJK Penduduk Vista yang dipengerusikan Hj Othman Husain pada tarikh 29/10/12 (Isnin) Raya ke 4 pada jam 7.00 pagi.

Harga RM350 untuk 1 bahagian. Terhad kepada untuk 21 bahagian sahaja (3 Ekor Lembu). Konsep siapa cepat dia dapat. Tarikh tutup 30 Oktober 2012. Berminat hubungi Tuan Hj Zainal 016-2158322 (Vista) dan Ustaz M.Dahlan 013-3249376 (MSN).

2) Ianya diuruskan Cambodian Muslim Alliance dengan kerjasama JAKIM di Kemboja. Pihak UHEI akan menguruskan borang dan pembayaran berkaitan.

Ianya juga bermisikan membantu Dana Pendidikan Ummah Kemboja. Konsep berqurban sambil bersedekah. manakala jika ada lebihan RM berbanding harga lembu akan digunakan membantu pendidikan ummah kemboja.
Komitmen Rm 260 untuk 1 Bahagian. Hubungi UHEI dengan kerjasama Persatuan Kakitangan JAKIM melalui Ustaz M.Hasnol 019-9677836

Monday, September 10, 2012

Perbezaan QURBAN dan AQIQAH

------------------QURBAN---------------------------
PENGERTIAN QURBAN
  1. Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
  2. Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
 PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA
 Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
    Firman Allah subhanahu wata‘ala:
     { فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
  • Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.

  • Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
    • Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
    HUKUM MELAKUKAN QURBAN
    •  Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
    • Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
     “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
    (Riwayat Tirmizi)

Monday, September 3, 2012

Majlis Penghayatan & Pembudayaan Al-Quran September 2012

Majlis Penghayatan dan Pembudayaan Al-Quran 
 Bulan September 2012 (MPPQ-09/2012)

Tarikh     : 07 September 2012 / 20 Syawal 1433H
                 (JUMAAT)                                   . 
Masa      : 08.00 pagi                                             .
Tempat   : Surau Casa II                                         .

TANTATIF PROGRAM

- Bacaan ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah ayat 42 - 50 (m/s :115 & 116)
- Tazkirah Berkaitan Ayat yang Dibaca                                       .
- Jamuan Minum Pagi  

*****PEGAWAI, JURULATIH dan ATLET dijemput hadir*****


سورة المائدة

(AYAT 42-52)


BismillahirRahmanirRahim
5:42
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Tuesday, August 28, 2012

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI (KEMBALI KEDAPA FITRAH)

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

BERPUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL


Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

KAMUS ARAB