Sedar atau tidak kita kini dah berada dalam bulan Ramadhan. Sudah
tentu semua yang beragama Islam wajib berpuasa. Selamat menyambut
kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama Islam. Semoga
kita semua dapat memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini. Ni
nak kongsi ngan korang amalan sunat pada bulan puasa.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di
dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur
bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian
kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara
sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari
& Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab
adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda:
Sunday, July 22, 2012
Thursday, July 19, 2012
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1433H
Realitinya,
apabila sesuatu tempat atau sesuatu majlis bakal dikunjungi oleh
pemimpin-pemimpin, selebriti, artis terkenal atau orang kenamaan adalah
menjadi kelaziman kita bertungkus lumus membuat perancangan dan
persediaan rapi. Kita sedaya upaya mengelak daripada berlakunya
kekurangan dan cacat cela semata-mata meraikan kehadirannya.
Mungkin
kita alpa dan leka, kedatangan bulan Ramadhan adalah seperti
bulan-bulan biasa, tidak diendahkan bahkan ada yang merasakan
kedatangannya memeritkan kerana terpaksa menahan diri dari lapar dan
dahaga.
Anehnya
wahai manusia, belum bermula Ramadhan sudah berkira-kira untuk membuat
persediaan menyambut Syawal. Langsir sudah ditempah, rumah mungkin sudah
dicat baru, perabot diganti baru. Tidak ketinggalan mereka yang sudah
berkira-kira menerima tempahan kuih raya. Media elektronik pula sibuk
dengan persediaan drama syawal, dan rakaman lagu sempena hari raya.
Alangkah bertuahnya sekiranya persiapan yang sebegini rapi kita
lakukan sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang dinanti-nantikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)