Pages

Tuesday, June 3, 2014

Persiapan Sebelum Ramadan



        Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana terus melimpahkan nikmat kepada kita. Cepat masa berlalu, sekarang kita telah berada di bulan Sya’ban dan tidak lama lagi akan memasuki bulan Ramadhan yang sangat ditunggu oleh hamba-hambaNya yang mengharapkan rahmat Allah,pengampunan dariNya dan pembebasan daripada api neraka.
        Diantara waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah adalah bulan Sya’ban. Nama sya’ban berasal dari kata sya’bun, bererti kelompok atau golongan. Disebut Sya’ban kerana pada bulan ini, masyarakat Arab jahiliyah ketika itu berpecah mencari air. Ada juga yang mengatakan, mereka berpecah menjadi beberapa kelompok untuk melakukan peperangan.
        Al-Munawi mengatakan, “bulan Rejab menurut masyarakat jahiliyah adalah bulan mulia, sehingga mereka tidak melakukan peperangan. Ketika masuk bulan Sya’ban, bereka berpecah dan bersedia ke berbagai peperangan”. Dalam kitab lisanul ‘arab, jilid 1 halaman 501 disebutkan, “dinamakan Sya’ban, kerana saat itu dia menampakkan (menonjol) di antara dua bulan, Ramadhan dan Rajab. Jamaknya adalah Sya’banat dan Sya’abin.
        Pada bulan Sya’ban Allah SWT mengangkat amal hamba-hambanya. Masa diangkatnya amal, ada yang secara mingguan iaitu pada hari khamis, dan ada yang secara tahunan iaitu pada bulan Sya’ban. Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid ra, beliau berkata: “Nabi Muhammad saw tidak banyak berpuasa dalam satu bulan kecuali pada bulan sya’ban. Maka aku bertanya kepadanya: “Aku tidak mendapatimu wahai Rasulullah saw banyak berpuasa kecuali di bulan Sya’ban? Rasulullah saw bersabda: “Itu adalah bulan yang dilupakan manusia antara Rejab dan Ramadhan, dia adalah bulan diangkatnya amal kepada Allah SWT, dan aku senang jika amalku diangkat dalam keadaan berpuasa”. (HR. Ahmad dan Nasa’i).

Tingkatkan Amalan Di Bulan Sya’ban.
1.      Memperbanyak Puasa Sunat
Memperbanyak berpuasa ketika diangkatnya amal menjadi sunah Rasulullah SAW. Sebagaimana ditegaskan lagi dalam hadits lain yang diriwayatkan Aisyah ra, beliau berkata: “Aku tidak melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa dalam satu bulan kecuali pada bulan Ramadhan, dan aku tidak melihat beliau mengerjakan puasa lebih banyak dari yang dilakukan pada bulan Sya’ban, beliau pernah berpuasa setiap hari selama bulan Syaban, dan beliau juga pernah berpuasa di bulan Sya’ban kecuali beberapa hari saja tidak berpuasa”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Sangat banyak keutamaan seseorang yang memperbanyak ibadah ketika sebahagian besar masyarakat “lupa” untuk meningkatkan amal. Sebagaimana disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan Usamah bin Zaid “bulan yang dilupakan manusia antara Rajab dan Ramadhan”
Pada bulan Rajab, ada peristiwa Isra’ Mi’raj sebagai peringatan  pensyariatan Solat Fardhu. Banyak ceramah-ceramah dan forum diadakan di masjid,surau-surau dan pejabat untuk memperingati peristiwa tersebut. Sedangkan dalam bulan Sya’ban kita selalu mendengar kata-kata:  Sementara belum ramadhan ni, kita makan puas-puas, kita enjoy dulu, relaxla bro dan macam-macam lagi. Ramadhan nanti tak boleh dah. Padahal Sya’ban hendaklah dijadikan bulan 'warming up' atau persiapan untuk menghadapi Ramadhan.
2.      Banyakkan Membaca Al-Qur’an
Sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk membanyakkan membaca Al-Qur’an. Sebagaimana kita maklum, bila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka kita akan melihat umat Islam mula bertadarus Al-Qur’an samada di masjid,surau, pejabat dan lain-lain. Sekurang-kurangya apabila bertadarus, kita dapat membaca dengan baik dan lancar.
3.      Memohon keampunan kepada Allah
 Selain sebagai bulan persiapan menuju ramadhan, Allah SWT mengkhususkan ampunan-Nya di malam pertengahan sya’ban. Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari ra, rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah melihat pada malam pertengahan Sya’ban. Maka Dia mengampuni semua makhluknya, kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.” (HR. Ibnu Majah, At Thabrani, dan disahihkan Al Albani). Hadits tersebut menunjukkan keutamaan malam nishfu Sya’ban (malam ke lima belas bulan Sya’ban).
                                                          Wallahu a’lam. 

Sunday, April 13, 2014

KEMASKINI GARIS PANDUAN IBADAH (GAPI) UNTUK ATLET, JURULATIH DAN PEGAWAI YANG BERMUSAFIR MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN).

       Pada 2 April 2014 (Rabu), Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara telah menerima kunjungan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Lawatan dari pihak JAKIM bertujuan untuk melihat sendiri program latihan atlet-atlet negara di MSN untuk dijadikan panduan dalam projek mengemaskini Garis Panduan Ibadah (GAPI).
Rombongan yang di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian, Ustazah Aishah Bt Abdul Majid dan 5 orang pegawai telah tiba di MSN pada pukul 9.00 pagi. Unit Hal Ehwal Islam wakil bagi pihak Bahagian Khidmat Pengurusan MSN telah membawa mereka melawat Kafe Atlet sambil menikmati sarapan pagi.

 Para pegawai JAKIM bersarapan di Kafe Atlet MSN bersama Ustaz Mohammad Hasnol dan Ustazah Noorul Hidayah.

      Setelah menikmati sarapan pagi, rombongan dari JAKIM di bawa melawat ke Lapang Sasar Gimnasium 3, tempat latihan bagi atlet menembak negara. 

En. Abdul Rahim Rajuli memberikan taklimat berkenaan sukan menembak.

     Lawatan pada hari tersebut diteruskan dengan perbincangan dan mesyuarat berkaitan dengan projek kemaskini Garis Panduan Ibadah Atlet, Jurulatih Dan Pegawai Yang Bermusafir. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Aishah binti Abdul Majid dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. 

 SEMOGA USAHA INI AKAN DIPERMUDAHKAN DAN BERJALAN LANCAR.



    




  





Tuesday, March 18, 2014


HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH



Ketika Allah menguji para hambaNya, ternyata disebalik cubaan, ujian, musibah yang ditimpakan kepada seorang hamba, terdapat hikmah yang luar biasa. Oleh sebab inilah, seharusnya orang yang sedang diuji oleh Allah SWT dengan kehilangan orang yang disayang seperti dalam kemalangan, kematian, kekurangan harus membuatkan mereka tersenyum dan bersyukur. Ternyata mendapatkan ujian dari Allah SWT itu indah dan nikmat.

1. Mendapat Selawat Allah SWT, rahmat dan petunjukNya (hidayah) bagi yang sabar ketika mendapatkan ujian.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 155
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 156
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. 157
Daripada ayat diatas dijelaskan bahawa orang yang sabar ketika mendapatkan ujian, maka dia akan mendapatkan tiga keutamaan sekaligus, iaitu Selawat Allah SWT, Rahmat dan petunjuknNya. Dan perlu diperhatikan , bahawa Allah SWT tidak pernah mengumpulkantiga keutamaan sekaligus dalam satu ayat, kecuali didalam ayat ini.

2. Sebesar ujian itu, sebesar itu pula pahala yang disediakan Allah SWT.

3. Orang yang diuji Allah bukti cinta Allah SWT kepada orang tersebut.
عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - : (إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاءِ، وإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاهُمْ، فمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ)
رواه الترمذي وحسنه.
Daripada Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan jika Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka, siapa yang redha maka baginya keredhaan(Allah) dan siapa yang merka baginya kemurkaan (Allah).” (HR Tirmizi)

4. Musibah Menghapuskan dosa dan kesalahan
“ ujian selalu bersama orang beriman lelaki dan perempuan, baik di dalam diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahan pun.” (HR Tirmizi)

5. Seorang yang mendapatkan cubaan bererti didinginkan kebaikan oleh Allah SWT.
هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله : ( من يرد الله به خيراً يُصِبْ منه) عن
Daripada Abi Hurairah R.A berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang didinginkan Allah akan kebaikan, maka Allah akan mengujinya.” HR Bukhari
Kesimpulan:
Demikianlah sebahagian hikmah yang disediakan bagi orang yang dirundung musibah, cubaan dan ujian. 
Doa Memohon Dikurniakan Kesabaran. 

WAHAI TUHAN KAMI KURNIAKANLAH KAMI KESABARAN 
DAN MATIKANLAH KAMI DALAM KEADAAN MUSLIM.

 

KAMUS ARAB