Pages

Thursday, July 16, 2009

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ DAN TAHLIL ARWAH (MIMTA)

Bahagian Khidmat Pengurusan MSN akan menganjurkan program Majlis Sambutan Israk Mikraj dan Tahlil Arwah (MIMTA) pada 20 Julai 2009 (Isnin) bermula dari jam 6.30 petang di Surau Al-Muttaqin Vista, Majlis Sukan Negara. Bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah akan diketuai oleh Imam Istana Negara iaitu Ustaz Haji Zulkifli Salleh Al-Hafiz. Penceramah yang akan membentangkan tajuk yang bertajuk ‘Pengajaran dari Peristiwa Agung Israk Mikraj’ tersebut adalah Ustaz Haji Zamri Bin Zainal Abidin, dari Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Latar belakang Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin

Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin telah melanjutkan Bachelornya dalam bidang Dirasat Islamiyyah (1995) di University El Azhar As-Syariff, Cairo Egypt. Beliau merupakan Naib Presiden TAMRIN iaitu Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan YDP ABIM semasa belajar di Mesir dahulu. Beliau sedang menyiapkan Sarjana MA dalam bidang Dakwah di Universiti Malaya. Beliau aktif berdakwah di lembah Klang dan serata tanahair.

MIMTA 2009 diadakan bertujuan menyemarakkan aktiviti kerohanian menjelang bulan ibadah, meningkatkan motivasi warga sukan agar menebalkan belief system kehidupan berpaksi keimanan yang jitu melalui pengajaran Israk Mikraj dan medan penyatuan doa munajat buat arqah warga sukan yang telah ke alam barzah.

Program ini diadakan khas untuk warga sukan terdiri dari kalangan penduduk Vista MSN pegawai dan anggota MSN dan warga SSBJ,ISN dan jiran tetangga. Manakala atlet-atlet Program Cabaran 2010 yang sedang menginap di CASA juga dijemput hadir. Setakat ini, anggaran seramai 200 orang hadirin akan hadir pada program tersebut.


Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Pentadbiran (UHEI), (03-89929751).

No comments:

KAMUS ARAB