KUALA LUMPUR - Sempena Maal Hijrah 1432 Hijrah, semalam beberapa atlet negara yang beragama Islam tidak melepaskan peluang memasang azam baru. Bagi atlet lari berpagar, Norasheela Khalid, tiada apa yang diimpikannya selain sihat tubuh badan agar mampu menyumbang sedikit lagi keringat buat negara tercinta.
"Sudah tentu saya berharap mahu kekal sihat dan berlatih dengan baik kerana tahun depan, banyak kejohanan yang mahu saya sertai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Atlet lari 400 meter berpagar itu juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk membangunkan lagi arena sukan olahraga negara.
"Sukan ini memerlukan kerjasama daripada orang yang mencintai sukan ini sahaja, bukan mereka yang mempunyai agenda di sebalik itu," katanya.
Penyerang skuad bola sepak kebangsaan,
"Saya cuba untuk menjadi pemain yang terbaik untuk musim depan dan memperbaiki setiap kelemahan kerana selain buruan liga kebangsan, saya juga mahu melakukan kerja cemerlang dalam kelayakan Piala Dunia.
"Selain itu, jika dipermudahkan oleh-NYA, saya akan menamatkan zaman bujang tahun hadapan dan mahu menjadi suami yang terbaik untuk keluarga yang akan saya bina nanti," katanya.
Penembak emas Sukan Komanwel Delhi, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim pula berharap, langkahnya dalam sukan menembak tidak sumbing meskipun dia akan melanjutkan pelajaran di universiti.
"Alhamdullilah, saya akan memulakan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Sains Sukan bermula tahun depan dan berharap semuanya berjalan lancar sahaja," ujarnya yang mahu mengejar kejayaan di Sukan SEA pula.
Penunggang motosikal kebanggaan negara, Mohd. Zulfahmi Khairuddin pula mahu menghidupkan api semangat yang lebih tinggi ketika saingannya dalam MotoGP memasuki tahun kedua nanti.
"Tahun ini begitu mencabar buat saya kerana baru pertama kali beraksi di kejuaraan dunia dan memasuki tahun kedua, apa yang saya inginkan, ada sesuatu yang lebih baik.
"Mungkin, tahun depan tunggangan lebih selesa kerana saya telah pelajari cabaran di Eropah dan saingan saya," jelas pelumba kelas 125cc itu.
Sementara itu, permulaan Maal Hijrah kali ini begitu bererti buat raja pecut Le Tour De
Langkawi (LTDL) 2010,
"Impian saya adalah untuk mengekalkan jersi hijau LTDL dan saya hanya mengharapkan aksi cemerlang untuk itu dan beberapa kejuaraan besar lagi," katanya yang mempunyai sebulan lagi sebelum perlumbaan basikal terulung negara itu memulakan kayuhan.
No comments:
Post a Comment