Pages

Thursday, October 11, 2012

SYUKUR ANTARA KEWAJIPAN & LUARBIASA


Ketika Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah dunia, beliau berkata,

“ Ini adalah bahagian dari anugerah  Allah, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur.” (An-Naml: 40).

Manakala Qarun mendapatkan harta yang sangat banyak, dia mengatakan, “Sesungguhnya harta kekayaan ini, tidak lain kecuali dari hasil kehebatan ilmuku.” (Al-Qashash: 78).

Dua kisah menghasilkan akhir kesudahan yang berbeza. Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah di dunia dan akhirat. Sedangkan Qarun mendapat azab di dunia dan akhirat karena kekufurannya akan nikmat Allah.

Demikianlah, jadual hidup manusia tidak terlepas dari dua golongan tersebut. Golongan pertama, manusia yang mendapatkan nikmat Allah dan mereka mensyukurinya dengan sepenuh hati. Manakala  yang kedua mendapat nikmat Allah dan berusaha bersyukur kepadanya.

Sedar atau tidak, hidup manusia tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Kita warga sukan khasnya para atlet sedia maklum hal ini.Kejayaan dalam pertandingan dengan kilauan kiluan pingat adalah nikmat anugerah dariNya samada sukan temasya seperti SUKMA, Sukan SEA dan Sukan Olimpik ataupun pertandingan selain itu.

Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah Nahl, ayat 18)

Tatkala artikel ini  ditulis satu majlis kesyukuran sedang dirancang selepas kejayaan kontijen Malaysia di  Sukan Olimpik  London 2012 dengan membawa 2 anugerah pingat perak dan gangsa bagi kedua kategori.

Majlis Kesukuran ini penting bagi memaknakan warga sukan menjadi golongan yang pertama agar warga sukan sentiasa ada Allah dalam setiap derap langkah usahanya.

NAS KEWAJIBAN

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (QS. Al Baqarah: 172).

“Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada- Nyalah kamu akan dikembalikan.” (QS. Al Ankabut : 17)

 “Betapa zalimnya manusia, bergelumang nikmat anugerah  Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya” (QS. Ibrahim: 34).

Di dalam Surah Ar-Rahman menyebutkan berbagai macam kenikmatan yang dianugerahkanNya  dan mengingatkan kepada manusia akan nikmat tersebut dengan berulang-ulang sebanyak 31 kali, “Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?”

MAKNA

Bersyukur ialah : pengiktirafan atau penerimaan suatu ihsan atau kebaikan. Seperti kita berkata : “Aku bersyukur kepada ALLAH” atau “Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia ALLAH.”

Dari pengertian ini, jelaslah bahawa syukur itu ialah : Wujudnya kesan nikmat Allah atas hamba yang beriman melalui cetusan dari lidahnya akan pujian dan sanjungan melalui amal ketaatan.

Syukur adalah suatu cabang dari cabangan iman. Sifat-sifat yang tercetus dari cabang ini ialah seperti : sabar, redha, berserah, berharap, taqwa, khusyu’, ihsan, ibadah dan yang seumpamanya.

Syukur adalah amalan mahmudah yang boleh menarik nikmat seterusnya  dan kejayaan yang lain..cuba  kita ukirkan senyum kepada orang yg tidak kita kenali, perasan tak bahawa orang tersebut akan senyum kembali..Benarkan! setiap dari kita pasti pernah melalui pengalaman ini..

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2)Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu tertentu.

LUARBIASA

Manusia yang hidup dalam keadaan selalu bersyukur sebenarnya mencipta keajaiban hidup. Jika syukur Allah berjanji akan ditambah-tambahkan lagi.

Bukankah Allah swt berfirman :

 “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu”

(Suroh Ibrahim Ayat 7)

Bersyukur dengan memberi apa yang ada. Dalam istilah agama konsep ini ada banyak seperti zakat (wajib) manakala sedeqah (sunat).

Nabi saw bersabda “ Tidak akan ada pernah harta berkurangan harta yang disedekahkan kecuali ianya bertambah..bertambah dan bertambah..” (HR At-Tirmizi)

CARA BERSYUKUR

Firman Allah swt :

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.” (QS. Al Kautsar : 1-2)

“Bahwasanya Nabi SAW, apabila datang kepadanya suatu perkara yang menggembirakan atau mendapatkan kabar gembira, beliau langsung bersyukur sujud, bersyukur kepada Allah SWT.” (HR Abu Dawud)

Kesimpulan dengan cara :

1)    Jaga solat dan tambahi dengan solat sunnah

2)    Melakukan sujud syukur

3)    Suka terus berdo’a

4)    Melakukan sedeqah wajib (zakat) dan sedekah termasuk menyantuni anak yatim

5)    Melakukan ibadah qorban

Demikianlah, sesungguhnya memahami sesuatu konsep dalam Islam adalah penting dan memahami kepentingan syukur itu sendiri pastinya menjadikan seorang  itu dapat menjalani kehidupannya di bumi ALLAH ini dengan lebih sempurna.
 

No comments:

KAMUS ARAB