Tarikh : 20-22 November 2012
Masa : 1.00pm (Selepas Solat Zohor)
Tempat : Surau Casa II, Majlis Sukan Negara
"Pegawai, Atlet dan Jurulatih Dijemput Hadir Bersama-sama Mendoakan Kesejahteraan Rakyat Palastin Yang Sedang Ditindas"
Gaza: Mereka kata Mohammed masih hidup! jerit Khalil al-Dallu ketika
penyelamat menarik mayat seorang pemuda dari sebuah kediaman musnah dek
serangan udara Israel.
Seramai 29 lagi penduduk Gaza maut lewat kelmarin hingga semalam ketika operasi Israel masuk hari ke-6 yang digelar Pillar of Defence (Operasi Tunjang Pertahanan).
Seramai 29 lagi penduduk Gaza maut lewat kelmarin hingga semalam ketika operasi Israel masuk hari ke-6 yang digelar Pillar of Defence (Operasi Tunjang Pertahanan).
Keluarga kami syahid! tangis beliau ketika mayat Mohammed al-Dallu dimasukkan ke dalam ambulans.
Apa dosa kanak-kanak dan bayi ini, Israel? jerit beliau. Sebelas mayat ditarik dari runtuhan bangunan itu dan kawasan sekitar.
Mayat isteri Mohammed, Suheila juga ditemui selain lima anak mereka, Jamal, Sara, Yussef, Ranin dan Ibrahim.
Mayat seorang wanita lain yang juga ahli keluarganya turut ditarik keluar. Serangan turut membunuh dua lagi jiran mereka dari keluarga Muzzana iaitu Amina Mattar, 83 dan Abdullah Mohammed, 22.
Bapa Mohammed, Jamal dan anak lelakinya, Abdullah, 17, terselamat. Ketika serangan mereka keluar membeli makanan.
Jamal sekadar mampu bersandar pada tiang elektrik sambil saudaranya memenuhi kawasan sekitar ketika cebisan mayat cucunya dikutip di kawasan yang pernah menjadi kediaman mereka.
Dalam keadaan yang hampir histeria kerana terlalu marah dan sedih, Ibrahim menjerit: Jangan beritahu abangnya Abdullah. Trauma akan membunuhnya! Abdullah, 26 pada masa ini belajar di Turki dalam bidang perubatan.
Di Ramallah, pergerakan Fatah dan Hamas memutuskan untuk bersatu ketika krisis berlangsung di Gaza.
Sesiapa yang kata kami tidak bersepakat adalah penjenayah mulai hari ini, kata pemimpin kanan Hamas, Mahmud al-Ramahi ketika 1,000 orang berhimpun membantah keganasan Yahudi.
Mulai sekarang, kami umumkan tiada lagi perpecahan, kata pegawai kanan Fatah, Jibril Rajoub.
AFP
sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment