Objektif
-
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara duai ntitusi MSN dan UPM
-
Sebagai tanda penghargaan kepada Surau Kolej yang digunakan sepanjang
SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013.
Pengenalan
Majlis Sukan
Negara Malaysia telah menjadikan Universiti putra Malaysia
sebagai lokasi perkampungan Sukan Malaysia XVI yang berlangsung selama 10
hari bermula 28 Jun sehingga 7 Julai 2013. Pada program SUKMA yang lalu, Unit
Hal Ehwal Islam dibawah Bahagian Khidmat Pengurusan telah ditugaskan untuk mengimarahkan Surau Kolej Kelima dan Kolej Tun
Perak.
Latar Belakang
Sepanjang
SUKMA
XVI berlangsung UHEI telah menggunakan Surau Kolej Kelima dan Surau
Kolej Tun Perak
sebagai pusat aktiviti kerohanian sukan seperti solat berjemaah dan
majlis bacaan yasin. Ini bagi memudahkan atlet dan para pegawai
menunaikan kewajipan mereka kepada
Allah SWT. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik.
Selain itu,
pihak UHEI juga berjaya mengadakan satu program
ceramah santai bersama Ustaz Haslin Baharin pada 1 Julai 2013.Program
ini telah berjaya mengumpulkan seramai 150 atlet yang
hadir untuk menambah tentang kekuatan kerohanian dalam Islam. Program
ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong,
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, EncikAndul Rashid
dan Pengarah Pengurusan Sukan, Dato' Ab Jalil Abdullah. Program yang julung kali
diadakan ini, berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang
baikdaripada atlet dan pegawai.
Sehubungan dengan itu,
Bahagian Khidmat Pengurusan MSN sebagai tanda penghargaan dan terima
kasih telah memberikan sumbangan kepada kedua-dua surau tersebut.
Di antara barang sumbangan yang telah disampaikan ialah jam digital
waktu solat,
sejadah, kain pelekat dan penyangkut kain. Sumbangan ini telah
disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hasnol daripada
Unit Hal Ehwal Islam(UHEI) mewakili Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
pada 26
September 2013. Penyampaian sumbangan kepada Surau Kolej Kelima UPM
diterima oleh Pengurus Kolej, PuanAskina Aziz, manakala sumbangan kepada
Kolej Tun
Perak diterima oleh Pengetua Kolej KTP, Dr. Abdul Razak Abdul Rahman.
Semoga program
seperti ini dapat mengeratkan ukhwah dan ikatan perhubungan diantara MSN dan UPM
umumnya dan khususnya kepada surau kolej yang
terlibat.
Penyampaian Sumbangan kepada Kolej Kelima
Penyampaian Sumbangan kepada Kolej Kelima
No comments:
Post a Comment