Pages

Tuesday, August 7, 2012

Memburu Pingat Kurniaan Tuhan


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa berlalu pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan 1433H. Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencari Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu  yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

yang maksudnya: 

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut
Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 


Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.

Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Malam Lailatul Qadar sila baca entri “Aku Jumpa Lailatul Qadar”  dan “Kembara Mencari Lailatul Qadar“.




oleh : denaihati.com

No comments:

KAMUS ARAB