Pages

Tuesday, April 12, 2011

Ceramah Agama Bulan April 2011 (CAB)

CERAMAH AGAMA BULAN APRIL 2011....... Tajuk : "AKU TERIMA NIKAHNYA"....... Oleh : Ust. Mohd Ajib Ismail......... Tarikh :27 April 2011 / 23 Jamadilawal 1432H........ Masa : 2.30 petang........... Tempat : Auditorium 1 MSNM.......

CERAMAH AGAMA BULAN APRIL 2011 :-

Tajuk    : "AKU TERIMA NIKAHNYA"
Oleh      : Ust. Mohd Ajib Ismail 
Tarikh   : 27 April 2011 / 23 Jamadilawal 1432H 
Masa     : 2.30 petang 
Tempat : Auditorium 1 MSNM

BUKIT JALIL, Selasa (12 Apr 2011) – Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) akan menganjurkan Program Ceramah Agama Bulan April 2011 (CAB-04) bertempat di Auditorium 1 MSNM, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada 27 April 2011 / 23 Jamadilawal 1432H ini.

Ketua UHEI (UST. Mohammad Hasnol Abu Bakar) ketika dihubungi memberitahu bahawa Program Ceramah Agama Bulanan yang akan bermula jam 2.30 petang itu berkaitan "Fiqh Munakahat" bagi mengetengahkan nilai-nilai ajaran agama Islam didalam amalan hidup kekeluargaan dikalangan warga sukan (pegawai,jurulatih dan atlet).

“Selain itu Program CAB juga akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan  warga sukan terhadap nilai ajaran Tuhan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.

“Malahan program seperti ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi perpaduan dikalangan warga sukan sekaligus melahirkan institusi kekeluargaan yang berlandaskan tuntutan islam,” katanya.

Program Ceramah Agama Bulan April 2011 bertempat di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara ini katanya akan dijayakan dengan tajuk "AKU TERIMA NIKAHNYA" yang akan disampaikan oleh Ust. Mohd Ajib Bin Ismail, Pegawai Agama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

“Justeru pihak kami menjemput semua warga sukan MSNM(pegawai,jurulatih dan atlet), untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar serta menjayakan lagi penganjuran program berkenaan pada tarikh yang dinyatakan,” kata ketua UHEI.

WARGA SUKAN ( PEGAWAI, JURULATIH dan ATLET ) di Jemput hadir...........  "KEHADIRAN ANDA SUMBER INSPIRASI RUMAHTANGGA ANDA BAHAGIA"/marquee><

No comments:

KAMUS ARAB