Pages

Monday, April 4, 2011

Takziah Kepada En.Mohd Zakal Harun Sekeluarga


BANDAR BARU SENTUL : Ustaz Mohammad Hasnol Abu Bakar mengetuai ziarah takziah kepada En.Mohd Zakal Harun (Unit Kemudahan MSN) mewakili Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) diatas pemergian ibunya tercinta Allahyarham Hjh. Ainun Binti Hjh. Safiah @ Hj. Mat Dom yang telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang jam 11.00 am pada 04hb April 2011 (isnin) kerana sakit tua.


Seramai 10 pegawai/anggota MSN yang hadir termasuk Pengerusi Biro Kebajikan Kelab MSN (Pn.Ku Asmah Ku Baharom) , anggota unit kemudahan, anggota Pasukan Solat Jenazah (PSJ-MSNM) dan beberapa pegawai/anggota MSNM turut hadir didalam ziarah ini.

Pertemuan dimulakan dengan ucapan takziah MSNM serta kelab kepada En. Mohd Zakal Harun sekeluarga. Di pertemuan itu juga sempat diadakan Majlis Tahlil Rengas yang dilaksana oleh tetamu yang hadir dan diakhiri dengan hidangan jamuan daripada keluarga En.Mohd Zakal Harun.
Sekali lagi pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan Kelab MSN merakam ucapan takziah buat En.Mohd Zakal Harun serta keluarga. Semoga Roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh/solehah. *AL-FATIHAH*

No comments:

KAMUS ARAB