7 April 2011-khamis : Bilik mesyuarat tingkat 4 (Bahagian Harta MSN) telah diadakan satu mesyuarat berkaitan pembinaan surau MSNM bersama pegawai JKR dengan pegawai Bahagian Harta kemudahan MSN. Ketua UHEI (Ustaz Mohammad Hasnol A.Bakar) turut diundang menghadiri perbincangan mengenainya termasuk pelan cadangan seperti contoh Surau IKBN Jitra. "Ramai orang berbincang dalam pembinaan rumah Allah, tidak ketinggalan warga JKR juga berusaha menjana pahala amal jariah untuk ke sana" Ujar Ir Ab. Razak Yusof (Pengarah Bahagian Harta MSNM) kepada En Jalil dan En Razali (antara wakil JKR yang hadir).
Didalam pertemuan itu, banyak membincang stuktor pembinaan surau yang bakal dibina kelak termasuk kedudukan dewan solat lelaki mahupun wanita, tandas, tempat wuduk dan keperluan pejabat pentadbiran unit hal ehwal islam (UHEI) berhampiran dengan bilik imam. Surau cadangan yang bakal dibina dapat menampung keperluan menjangkau 200-250 orang jemaah dalam satu masa.
Sukacitanya UHEI merakamkan jutaan pengharapan kepada Ir Tuan Hj Ab. Razak (PBH) dan En.Raizal Muhamat Yaakop (KCK) dan kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung didalam usaha pembinaan surau ini.
Semoga hasrat dan impian Ybhg Dato' Ketua Pengarah berjaya direalisasi sekaligus Surau Jumaat dapat dilaksanakan untuk kemudahan warga sukan demi menyahut seruan "1MALAYSIA 1UMMAH".
"KEKUATAN ROHANI DICANAI, KILAUAN EMAS DIGAPAI" buat warga sukan terdiri daripada peringkat atlet, jurulatih dan pegawai sukan dapat terus berjalan dengan sempurna..Ameen...
No comments:
Post a Comment