Pages

Tuesday, March 27, 2012

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Sukan Olimpik 2012

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat
(MY-DOS Mac 2012)
sempena 
Sukan Olimpik London 2012

   Tarikh : 29 Mac 2012 / 06 Jamadilawwal 1433H
                (KHAMIS)                                   . 
  Masa   : 07.20 petang                                             .
Tempat : Surau Casa II                                         .
Tentatif : - Solat Maghrib
               - Bacaan Yassin & Doa Selamat
               - Solat Isyak & Solat Hajat
               - Minum Malam

 PEGAWAI, JURULATIH & ATLET DIJEMPUT HADIR.

Solat khusyuk cegah kemungkaran

ALLAH mengurniakan hamba-Nya al-Quran dan sunnah iaitu dua pusaka penting yang ditinggalkan Nabi kepada umat Islam.

Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku.”

Untuk berada di landasan hidup yang betul, kita perlu ilmu dan menjadi individu celik syariat iaitu tahu apa bentuk suruhan serta larangan Allah, kenal ibadat, prihatin apa yang terbaik baginya sebagai seorang Muslim.

Allah berfirman bermaksud: “Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak sesat dan tidak celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Thoha ayat 123).

Haiwan Ternakan Tunduk Pasrah Apabila Dengar Basmalah & Takbir

Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.

Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.

Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)

Thursday, March 22, 2012

Solat Jumaat di Kota London

“Mekah di tengah-tengah London”. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.
 
Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.

Tuesday, March 13, 2012

KLINIK AL-QURAN

Anda mahu membaca Al-quran dengan cara yang betul??
Anda malu membaca Al-quran di hadapan orang ramai??
KAMI SEDIA MEMBANTU !!!!!
KAMI AKAN DATANG DI TEMPAT ANDA !!!! 

makluman lanjut sila hubungi UHEI : sambungan 9751
KAMI MENANTI PANGGILAN ANDA !!!!

Maklumat Terkini Staff Unit Hal Ehwal Islam

MAKLUMAN KENAIKAN PANGKAT
UNIT HAL EHWAL ISLAM 
- Mei 2012

Ust. Mohammad Hasnol Abu Bakar
( S 27 ke S 32 - ketua unit )

Ust. Mohd Dahlan Tukimin
( S 17 ke S 27 - Dakwah )

MAKLUMAN PERTUKARAN STAF

En. Mohd Azhar Sain
( Unit Asrama ke Unit Hal Ehwal Islam - Operasi)

 En. Mohamad Zaidi Ibrahim
( Unit Hal Ehwal Islam ke Unit Asrama )

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----
 
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal dan jika kita minum sambil berdiri, Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benarkah, penyakit kristal ginjal??

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya. Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

KAMUS ARAB