Pages

Tuesday, March 30, 2010

Monday, March 15, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H



Sempena kedatangan Bulan Rabiul Awwal warga sukan di MSN dan ISN tidak ketinggalan untuk meraikan kelahiran Junjungan Besar Rasullullah SAW dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Antaranya satu talk show khas untuk atlet sempena Karnival Jati Diri Atlet pada 25hb Feb 2010 (khamis mlm jumaat) dengan penampilan Dr Azhar Sharif bertajuk "Keajaiban Rasulullah" dan Ceramah khas pada 12 Mac (Jumaat) untuk warga vista oleh Us Mohd Hanafiah Nawawi dari Bank Rakyat yang turut diserikan dengan pertandingan azan untuk remaja vista.

Kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat MSN dan ISN pula akan diadakan pada 19hb Mac (Jumaat) bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari dengan perarakan bermula dari gate A sehingga ke Dewan Komanwel MSN. Manakala untuk sesi Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul menampilkan ahli panel akan diketuai oleh Ustaz Haji Aluwi Bin Parman (JAIS) dan Dr Arip Bin Kosmo(UKM) dan dipengerusikan oleh Ustaz Heryanto Rizal Rokman.

Majlis Sambutan ini akan dirasmikan oleh YBhg Dato' Zolkples Bin Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang akan diserikan dengan bacaan suci ayat Al-Quran oleh Johan Akademi Quran Ustaz Hj Mohd Shukri Hj Ali. Majlis bakal diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan dikuti dengan dengan jamuan makan tengahari.


Thursday, March 11, 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia





KUALA LUMPUR, 10 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyampaikan ucapan takziah di atas pulangnya ke rahmatullah Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr Mohamed Sayed Tantawi akibat serangan jantung semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Laporan agensi berita Al-Jazeera melaporkan Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar iaitu pusat pengajian sunnah yang tersohor di dunia Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata kematian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam dan ketamadunan kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh ulama bertaraf antarabangsa.



“Allahyarham telah banyak memberi sumbangan dalam dunia keilmuan. Jakim khususnya selama ini banyak merujuk kepada pandangan dan pendapat Allahyarham di dalam perkara-perkara berkaitan penyelidikan Islam khususnya bidang kefatwaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Allahyarham banyak menabur jasa dan sumbangan dalam membantu Malaysia di dalam pendidikan dengan memberi ruang dan peluang pendidikan kepada para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar.

“Jakim mendapat berita sedih ini melalui pegawai Jakim yang bertugas sebagai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Abdullah Mat yang memaklumkan Allahyarham kembali ke rahmatullah ketika berada di Riyadh, Arab Saudi atas jemputan kerajaan Arab Saudi untuk menerima anugerah Al-Malik Faisal Antarabangsa,” katanya. — Bernama

KAMUS ARAB