Pages

Friday, October 18, 2013

              PENYERTAAN MAJLIS 
        IBADAH QURBAN MSN 1434H

        Alhamdulillah segala pujian hanya milik Allah tuhan semesta alam. Syukur atas segala nikmatnya dan pertolongannya Majlis Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan MSN telah mendapat sambutan yang membanggakan daripada warga sukan terutamanya Program di Kemboja yang berjaya mendapat 25 ekor lembu 6 bahagian, 4 ekor kambing dan 6 pam air sementara di MSN mendapat penyertaan seekor lembu. Peserta terdiri daripada kalangan warga sukan dan kenalan yang mengetahui program ini.

    Hatta Mahmud (atlet karate) sedang mengisi borang Qurban di Kemboja
                         dan mewakilkan kepada Ustaz Hasnol.

     Penyerahan wakalah kepada pihak PKPU JAKIM telah diadakan pada 10 Oktober 2013 di Pejabat Pengarah JAKIM Putrajaya. Selain MSN, Bank Simpanan Nasional (BSN), dan Pejabat Perdana Menteri juga turut sama dalam program ibadah qurban di Kemboja pada tahun ini.  Penyerahan wakalah qurban untuk MSN telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Encik Abdul Rashid.

 PBT MSN, Encik Abdul Rashid menyerahkan wakalah kepada YDP PKPU Tn Hj Nordin Sambil diperhatikan KP JAKIM, Dato' Haji Othman Mustapha

        Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya melakukan ibadah qurban tahun ini. Semoga ibadah qurban kita diterima di sisi Allah SWT.

تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم

Penyampaian Sumbangan Kepada Surau Perkampungan Sukan Malaysia XVI

Objektif
-         Mengeratkan hubungan silaturrahim antara duai ntitusi MSN dan UPM
-         Sebagai tanda penghargaan kepada Surau Kolej yang digunakan sepanjang SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013.


Pengenalan
Majlis Sukan Negara Malaysia telah menjadikan Universiti putra Malaysia sebagai lokasi perkampungan Sukan Malaysia XVI yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Jun sehingga 7 Julai 2013. Pada program SUKMA yang lalu, Unit Hal Ehwal Islam dibawah Bahagian Khidmat Pengurusan telah ditugaskan untuk mengimarahkan Surau Kolej Kelima dan Kolej Tun Perak.

Latar Belakang
Sepanjang SUKMA XVI berlangsung UHEI telah menggunakan Surau Kolej Kelima dan Surau Kolej Tun Perak sebagai pusat aktiviti kerohanian sukan seperti solat berjemaah dan majlis bacaan yasin. Ini bagi memudahkan atlet dan para pegawai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik.
     Selain itu, pihak UHEI juga berjaya mengadakan satu program ceramah santai bersama Ustaz Haslin Baharin pada 1 Julai 2013.Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 150 atlet yang hadir untuk menambah tentang kekuatan kerohanian dalam Islam. Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, EncikAndul Rashid dan Pengarah Pengurusan Sukan, Dato' Ab Jalil Abdullah. Program yang julung kali diadakan ini, berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baikdaripada atlet dan pegawai.     
  
       Sehubungan dengan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan MSN sebagai tanda penghargaan dan terima kasih telah memberikan sumbangan kepada kedua-dua surau tersebut. Di antara barang sumbangan yang telah disampaikan ialah jam digital waktu solat, sejadah, kain pelekat dan penyangkut kain. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hasnol daripada Unit Hal Ehwal Islam(UHEI) mewakili Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan pada 26 September 2013. Penyampaian sumbangan kepada Surau Kolej Kelima UPM diterima oleh Pengurus Kolej, PuanAskina Aziz, manakala sumbangan kepada Kolej Tun Perak diterima oleh Pengetua Kolej KTP, Dr. Abdul Razak Abdul Rahman.

      Semoga program seperti ini dapat mengeratkan ukhwah dan ikatan perhubungan diantara MSN dan UPM umumnya dan khususnya kepada surau kolej yang terlibat.

                  Penyampaian Sumbangan kepada Kolej Kelima




KAMUS ARAB