Pages

Thursday, August 15, 2013

KUTIPAN ZAKAT FITRAH 1434 H MENCECAH RM4550

Ramadhan berlalu, lebaran sudah dirai. Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Pentadbiran MSN melalui amil lantikan MAIWP telah melaksanakan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1434 hijrah di dalam bulan Ramadhan. Zakat fitrah yang dilaksanakan oleh warga sukan  adalah satu inisiatif bagi medan warga khasnya atlet dan pegawai sukan menjalankan kewajiban rukun Islam yang ke-3. Kadar zakat fitrah pada tahun 1434 H ini adalah RM 7 sahaja untuk seorang.


MAIWP  telah melantik Ustaz Mohammad Hasnol Bin Abu Bakar sebagai Amil di kawasan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bersama 5 Amil lain bagi qaryah Bukit jalil dan Seri petaling. Ketua Amil Qaryah ialah Al fadhil ustaz Abdul Razak. Beliau merupakan Imam dan Guru tahfiz  masjid Seri petaling.





Ustaz Mohammad Hasnol Bin Haji Abu Bakar
(Amil Zakat Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil)


Kaunter kutipan dan pembayaran telah dibuka bermula pada 22 Julai  sehingga 5 Ogos 2013 bersamaan 13 - 27 Ramadhan 1434 H di lobi tingkat 2 dan lobi operator.

 Walau bagaimanapun, selepas tarikh itu, 10 Buku resit sudah kehabisan dan penambahan 3 buku lagi. Ini menyebabkan ramai warga sukan baru hendak membayar kemudian telah dipinta melunasinya di masjid berdekatan.

Untuk rekod sebanyak 188 orang telah membayar zakat fitrah melalui Amil lantikan MAIWP. Manakala Kuasa MAIWP diberikan ‘valid’ hatta 15 Syawal 143H.

 UHEI berdoa semoga semua amalan ramadaniyyah dimaqbulkan Allah swt Ameen.

“Kekuatan ruhiyyah dicanai,kejayaan digapai”

Wednesday, August 14, 2013

UCAPAN RAYA DARIPADA PIHAK UHEI



Assalamualikum...

Sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, masih belum terlambat bagi kami daripada Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Dikesempatan ini juga, UHEI ingin mengingatkan agar kita dapat mengambil peluang Syawal pada kali ini untuk memohon maaf sesama kita, mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin di samping membuat satu perubahan ke arah yang lebih baik sebagai bukti kita sentiasa istiqomah dalam setiap amalan kita setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Insyaallah.

Wallahu'alam...


TAZKIRAH SYAWAL

Assalamualaikum..

Alhamdulillah….segala puji dirafa’kan kehadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan buat semua yang berjuang unuk menegakkan kalimah Allah di serata ceruk muka bumi daripada kalangan sahabat, tabi’in hinggalah mereka yang berjuang kehari ini.

Telah berlalu ramadhan, bulan yang dipenuhi dengan fadhilat dan kelebihan, yang mana sungguh rugilah mereka yang telah mensia-siakan dan membiarkannya berlalu tanpa diisi dengan amal-amal ibadah. Ramadhan yang mana belum tentu lagi kita akan menemuinya pada tahun hadapan. Berapa ramai insan yang saya temui telah kembali menemui Ilahi ketika dibulan ramadhan, dan ada juga yang sesudah berakhirnya ramadhan.

Namun rahmat Allah itu maha luas. Kasih sayangNya tidak putus-putus buat hamba-hambaNya yang beriman. Diberikan peluang kepada kita sesudah ramadhan yang lalu, dengan amalan berpuasa enam di bulan Syawal yang mana ganjaran pahalanya menyamai berpuasa sepanjang tahun sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud “Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari dibulan syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun.”. Berdasarkan perkiraan setiap amalan kebajikan itu diganjari dengan sepuluh kali ganda maka 30 hari dibulan ramadan bersamaan dengan 300 hari iaitu sepuluh bulan dan puasa enam hari diganjari dengan 60 hari bersamaan 2 bulan. Maka genaplah perkiraan satu tahun setelah ditambah 300 hari (bulan ramadhan) dan 60 hari (syawal).

Ikhwah/at yang disayangi,

marilah sama-sama kita bermuhasabah mengenai puasa kita yang lalu. Adakah ianya benar-benar memberi kesan kepada ibadah-ibadah kita untuk seterusnya?......adakah ramadhan kali ini benar-benar menjadi madrasah untuk mentarbiyah diri kita agar lebih kuat untuk beramal ibadah pada bulan seterusnya?....ataukah kita hanya menjadi hamba kepada ramadhan, tidak kepada Allah tuhan dan pemilik kepada bulan-bulan tersebut?...marilah kita meneruskan amalan-amalan dibulan ramadhan seperti tilawah al-Quran, berpuasa, iktikaf, qiamullail, bersedekah dan lain-lain.Semoga kita bakal bertemu dengan ramadhan akan datang bersama-sama semangat dan keinginan yang tinggi untuk mengecapi redha Ilahi.





Wassalaamu ‘alaikum warahmatullah.

KAMUS ARAB