Pages

Sunday, October 21, 2012

Majlis Ibadah Qurban 1433H


Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Vista MSN akan mengadakan Majlis Ibadah Qurban 1433H.  Majlis akan diadakan seperti berikut :-
    Tarikh     : 29 Oktober 2012 / 13 Zulhijjah 1433H
                      (Isnin)
    Tempat    : Perkarangan Vista MSN
    Bermula  : 07.00 am   
                      - Taklimat Ibadah Qurban
                      - Gotong-royong Pelaksanaan Ibadah Qurban
                      - Penyembelihan Bermula
                     : 01.00 pm
                      - Solat Zohor Berjamaah
                      - Jamuan Makan Tengahari

 Senarai Pelaksana Ibadah Qurban MSN 1433 H

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Muslimin dan Muslimat menghadiri Majlis Ibadah Qurban ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, October 16, 2012

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Assalamulaikum dan salam sejahtera…
Sedar tidak sedar,kita sudah memasuki bulan yang cukup istimewa iaitu bulan Zulhijjah.Bagi sesiapa yang inginkan ganjaran dan bonus-bonus yang menarik,bolehla menghayati beberapa tawaran yang telah dianjurkan kepada kita seperti di bawah.Jom sama-sama kita baca dan amalkan.
  • Firman Allah Ta’ala:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.
  • Firman Allah Ta’ala:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (QS. Al-Hajj: 28).Menurut Ibnu Abbas berkata: Hari-hari yang ditentukan adalah “sepuluh hari pertama dari dzul hijjah”.(Sahih Bukhari halaman: 193).
  • Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan dan Al-Turmudzi dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Tidaklah ada suatu hari di mana amal-amal sholeh padanya lebih dicintai oleh Allah selain dari hari-hari sepuluh pertama bulan Dzul Hijjah ini”. Para shahabat bertanya: Tidak juga berjihad di jalan Allah wahai Rasulullah?. Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab: Tidak juga berjihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang berjuang di jalan Allah dengan diri dan hartanya lalu dia tidak membawa kembali sedikitpun dari harta dan jiwa yang telah dibawanya). (Sahih Bukhari: no: 969 dan Sunan Turmuzi no: 757 dan ini adalah lafaznya).
  • Diriwyatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Ibnu Umar bahwa shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

IBADAH HAJI DAN KORBAN

Majlis Sukan Negara akan mengadakan Ceramah Agama Bulan Oktober 2012 bertajuk "IBADAH HAJI dan KORBAN, ANTARA IKTIBAR DAN PENGHAYATAN MASA KINI"  akan diadakan seperti berikut :-

    Tarikh     : 18 Oktober 2012 (Khamis)
    Masa       : 02.30 petang
    Tempat    : Auditorium I MSN
    Oleh        : Ust Hj Mohd Ajib Ismail 
                      (Pegawai Penyelidikan JAKIM)
Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Pegawai, Jurulatih dan Atlet menghadiri Majlis ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Thursday, October 11, 2012

SYUKUR ANTARA KEWAJIPAN & LUARBIASA


Ketika Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah dunia, beliau berkata,

“ Ini adalah bahagian dari anugerah  Allah, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau kufur.” (An-Naml: 40).

Manakala Qarun mendapatkan harta yang sangat banyak, dia mengatakan, “Sesungguhnya harta kekayaan ini, tidak lain kecuali dari hasil kehebatan ilmuku.” (Al-Qashash: 78).

Dua kisah menghasilkan akhir kesudahan yang berbeza. Nabi Sulaiman a.s. mendapatkan nikmat anugerah di dunia dan akhirat. Sedangkan Qarun mendapat azab di dunia dan akhirat karena kekufurannya akan nikmat Allah.

Demikianlah, jadual hidup manusia tidak terlepas dari dua golongan tersebut. Golongan pertama, manusia yang mendapatkan nikmat Allah dan mereka mensyukurinya dengan sepenuh hati. Manakala  yang kedua mendapat nikmat Allah dan berusaha bersyukur kepadanya.

Sedar atau tidak, hidup manusia tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Kita warga sukan khasnya para atlet sedia maklum hal ini.Kejayaan dalam pertandingan dengan kilauan kiluan pingat adalah nikmat anugerah dariNya samada sukan temasya seperti SUKMA, Sukan SEA dan Sukan Olimpik ataupun pertandingan selain itu.

Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -(Surah Nahl, ayat 18)

Tatkala artikel ini  ditulis satu majlis kesyukuran sedang dirancang selepas kejayaan kontijen Malaysia di  Sukan Olimpik  London 2012 dengan membawa 2 anugerah pingat perak dan gangsa bagi kedua kategori.

Majlis Kesukuran ini penting bagi memaknakan warga sukan menjadi golongan yang pertama agar warga sukan sentiasa ada Allah dalam setiap derap langkah usahanya.

Monday, October 8, 2012

Majlis Kesyukuran Sempena Sukan Olimpik 2012


Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Silaturrahin, Gombak Batu 11 akan mengadakan Majlis Kesyukuran sempena kejayaan Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik (Olimpik & Paralimpik) London 2012.  Majlis Kesyukuran akan diadakan seperti berikut :-

    Tarikh     : 11 Oktober 2012 (Khamis)
    Masa       : 06.30 petang
    Tempat    : Masjid Dr. Euduf Teh (Silaturrahim)
                      Batu 11, Gombak
    Pakaian   : Pakaian Solat

Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negara menjemput Ybhg. Dato' / Tuan / Puan / Muslimin dan Muslimat menghadiri Majlis Kesyukuran ini. Kerjasama dan perhatian yang bakal diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

KAMUS ARAB