Pages

Tuesday, May 21, 2013

Jom Sedekah

Beruntungnya Orang Yang Bersedekah

            Ustaz Dan Ustazah sedang mengira sedekah tabung surau Majlis Sukan Negara             
               Selepas selesai menunaikan solat zohor, seorang pemuda mengeluarkan dompetnya untuk bersedekah ke dalam tabung surau. Apabila melihat dompetnya, dia melihat hanya ada sehelai wang kertas RM50.Dia berfikir sejenak, duit tersebut mungkin untuk keperluan lain. Kemudian dia menyeluk sakunya ada duit syiling 50 sen. Lalu dia bersedekah dengan duit syiling tersebut. Dia teringat sabda Rasulullah " Bersedekahlah, sekalipun dengan sebiji kurma" (Riwayat Oleh Ahmad, Ibnu Mubarak dan lain-lain). Keikhlasan

Ganjaran bagi orang yang suka bersedekah.

1. Rezekinya Dilipatgandakan
Fiman Allah S.W.T. :
  " Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai mengandungi seratus biji benih yang lain. Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Luas Rahmat kurnianNya lagi Maha Mengetahui".  (Surah Al-Baqarah 261).
 
2. Memadamkan Kemurkaan Allah
Sabda Rasulullah S.A.W : 
   "  Sedekah secara sembunyi (dirahsiakan) itu memadamkan kemurkaan Alla S.W.T.".

3. Memanjangkan Umur, Mencegah Mati Buruk, Mengikis Sifat Sombong.  
Sabda Rasulullah S.A.W. :
  "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam 
keadaan yang buruk dan Allah Taala pula mengahapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya".   (Riwayat Tabrani) 

4. Malaikat Mendoakannya 
Sabda Rasulullah S.A.W. :
  "Tidak datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia,lalu satunya berdoa, 'Ya Allah, Berilah ganti bagi orang yang bersedekah"." (Riwayat Bukhari)

5. Menghapus Dosa
 Sabda Rasulullah S.A.W. :
   "Sedekah menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (Riwayat At-Tirmizi)
 
6. Tidak Mengurangkan Harta
Sabda Rasulullah S.A.W. :
   " Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan." ( Riwayat Muslim)

والله اعلم  بالصواب

 
  
 

KAMUS ARAB