Pages

Friday, October 18, 2013

              PENYERTAAN MAJLIS 
        IBADAH QURBAN MSN 1434H

        Alhamdulillah segala pujian hanya milik Allah tuhan semesta alam. Syukur atas segala nikmatnya dan pertolongannya Majlis Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan MSN telah mendapat sambutan yang membanggakan daripada warga sukan terutamanya Program di Kemboja yang berjaya mendapat 25 ekor lembu 6 bahagian, 4 ekor kambing dan 6 pam air sementara di MSN mendapat penyertaan seekor lembu. Peserta terdiri daripada kalangan warga sukan dan kenalan yang mengetahui program ini.

    Hatta Mahmud (atlet karate) sedang mengisi borang Qurban di Kemboja
                         dan mewakilkan kepada Ustaz Hasnol.

     Penyerahan wakalah kepada pihak PKPU JAKIM telah diadakan pada 10 Oktober 2013 di Pejabat Pengarah JAKIM Putrajaya. Selain MSN, Bank Simpanan Nasional (BSN), dan Pejabat Perdana Menteri juga turut sama dalam program ibadah qurban di Kemboja pada tahun ini.  Penyerahan wakalah qurban untuk MSN telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Encik Abdul Rashid.

 PBT MSN, Encik Abdul Rashid menyerahkan wakalah kepada YDP PKPU Tn Hj Nordin Sambil diperhatikan KP JAKIM, Dato' Haji Othman Mustapha

        Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya melakukan ibadah qurban tahun ini. Semoga ibadah qurban kita diterima di sisi Allah SWT.

تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم

Penyampaian Sumbangan Kepada Surau Perkampungan Sukan Malaysia XVI

Objektif
-         Mengeratkan hubungan silaturrahim antara duai ntitusi MSN dan UPM
-         Sebagai tanda penghargaan kepada Surau Kolej yang digunakan sepanjang SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013.


Pengenalan
Majlis Sukan Negara Malaysia telah menjadikan Universiti putra Malaysia sebagai lokasi perkampungan Sukan Malaysia XVI yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Jun sehingga 7 Julai 2013. Pada program SUKMA yang lalu, Unit Hal Ehwal Islam dibawah Bahagian Khidmat Pengurusan telah ditugaskan untuk mengimarahkan Surau Kolej Kelima dan Kolej Tun Perak.

Latar Belakang
Sepanjang SUKMA XVI berlangsung UHEI telah menggunakan Surau Kolej Kelima dan Surau Kolej Tun Perak sebagai pusat aktiviti kerohanian sukan seperti solat berjemaah dan majlis bacaan yasin. Ini bagi memudahkan atlet dan para pegawai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik.
     Selain itu, pihak UHEI juga berjaya mengadakan satu program ceramah santai bersama Ustaz Haslin Baharin pada 1 Julai 2013.Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 150 atlet yang hadir untuk menambah tentang kekuatan kerohanian dalam Islam. Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, EncikAndul Rashid dan Pengarah Pengurusan Sukan, Dato' Ab Jalil Abdullah. Program yang julung kali diadakan ini, berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baikdaripada atlet dan pegawai.     
  
       Sehubungan dengan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan MSN sebagai tanda penghargaan dan terima kasih telah memberikan sumbangan kepada kedua-dua surau tersebut. Di antara barang sumbangan yang telah disampaikan ialah jam digital waktu solat, sejadah, kain pelekat dan penyangkut kain. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hasnol daripada Unit Hal Ehwal Islam(UHEI) mewakili Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan pada 26 September 2013. Penyampaian sumbangan kepada Surau Kolej Kelima UPM diterima oleh Pengurus Kolej, PuanAskina Aziz, manakala sumbangan kepada Kolej Tun Perak diterima oleh Pengetua Kolej KTP, Dr. Abdul Razak Abdul Rahman.

      Semoga program seperti ini dapat mengeratkan ukhwah dan ikatan perhubungan diantara MSN dan UPM umumnya dan khususnya kepada surau kolej yang terlibat.

                  Penyampaian Sumbangan kepada Kolej Kelima




Monday, September 23, 2013

Mesyuarat Majlis Ibadah Qurban MSN

          Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah, bersempena dengan hampirnya Hari Raya Eidul Adha pada tahun ini, Unit Hal Ehwal Islam sekali lagi akan menganjurkan Majlis Ibadah Qurban 2013. Program ini bertujuan untuk memudahkan anggota MSN untuk melaksanakan ibadah korban. Sehubungan dengan itu, UHEI telah mengadakan satu mesyuarat AJK Induk MIQ 2013 pada 18 Oktober 2013(Selasa). Seramai 8 orang AJK Induk daripada 12 orang yang dilantik telah hadir ke dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat pertama ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, Encik Abdul Rashid Yaakub.
       En. Abdul Rashid Yaakub mempengerusikan mesyuarat MIQ 2013
           Pada tahun ini, PBT telah menetapkan RM400 ringgit untuk qurban yang diadakan di MSN dan RM260 untuk qurban yang diadakan di Kemboja dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Pegawai Ugama(PKPU) JAKIM. Tarikh akhir pembayaran adalah pada 7 Oktober 2013 untuk qurban di MSN dan pada 10 Oktober untuk qurban di Kemboja.
             En. Rozaki dan Ustaz Hasnol turut hadir dalam mesyuarat
             Ibadah qurban akan di MSN akan diadakan pada hari Khamis 17 Oktober 2013 di perkarangan Vista MSN. AJK pelaksana akan dilantik kemudian daripada kalangan penduduk vista dan anggota MSN.
                   En. Zuwairi (kiri) wakil dari Surau Al- Muttaqin Vista
                 Puan Wan Faizah dan Puan Ku Asmah wakil muslimah vista
           Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10 pagi.

Kelebihan Ibadah Qurban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati serta mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

                  "BERKORBAN KERANA ALLAH 
                    DEMI MERAIH REDHA ALLAH" 

Thursday, August 15, 2013

KUTIPAN ZAKAT FITRAH 1434 H MENCECAH RM4550

Ramadhan berlalu, lebaran sudah dirai. Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Pentadbiran MSN melalui amil lantikan MAIWP telah melaksanakan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1434 hijrah di dalam bulan Ramadhan. Zakat fitrah yang dilaksanakan oleh warga sukan  adalah satu inisiatif bagi medan warga khasnya atlet dan pegawai sukan menjalankan kewajiban rukun Islam yang ke-3. Kadar zakat fitrah pada tahun 1434 H ini adalah RM 7 sahaja untuk seorang.


MAIWP  telah melantik Ustaz Mohammad Hasnol Bin Abu Bakar sebagai Amil di kawasan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bersama 5 Amil lain bagi qaryah Bukit jalil dan Seri petaling. Ketua Amil Qaryah ialah Al fadhil ustaz Abdul Razak. Beliau merupakan Imam dan Guru tahfiz  masjid Seri petaling.





Ustaz Mohammad Hasnol Bin Haji Abu Bakar
(Amil Zakat Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil)


Kaunter kutipan dan pembayaran telah dibuka bermula pada 22 Julai  sehingga 5 Ogos 2013 bersamaan 13 - 27 Ramadhan 1434 H di lobi tingkat 2 dan lobi operator.

 Walau bagaimanapun, selepas tarikh itu, 10 Buku resit sudah kehabisan dan penambahan 3 buku lagi. Ini menyebabkan ramai warga sukan baru hendak membayar kemudian telah dipinta melunasinya di masjid berdekatan.

Untuk rekod sebanyak 188 orang telah membayar zakat fitrah melalui Amil lantikan MAIWP. Manakala Kuasa MAIWP diberikan ‘valid’ hatta 15 Syawal 143H.

 UHEI berdoa semoga semua amalan ramadaniyyah dimaqbulkan Allah swt Ameen.

“Kekuatan ruhiyyah dicanai,kejayaan digapai”

Wednesday, August 14, 2013

UCAPAN RAYA DARIPADA PIHAK UHEI



Assalamualikum...

Sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, masih belum terlambat bagi kami daripada Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Dikesempatan ini juga, UHEI ingin mengingatkan agar kita dapat mengambil peluang Syawal pada kali ini untuk memohon maaf sesama kita, mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin di samping membuat satu perubahan ke arah yang lebih baik sebagai bukti kita sentiasa istiqomah dalam setiap amalan kita setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Insyaallah.

Wallahu'alam...


TAZKIRAH SYAWAL

Assalamualaikum..

Alhamdulillah….segala puji dirafa’kan kehadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan buat semua yang berjuang unuk menegakkan kalimah Allah di serata ceruk muka bumi daripada kalangan sahabat, tabi’in hinggalah mereka yang berjuang kehari ini.

Telah berlalu ramadhan, bulan yang dipenuhi dengan fadhilat dan kelebihan, yang mana sungguh rugilah mereka yang telah mensia-siakan dan membiarkannya berlalu tanpa diisi dengan amal-amal ibadah. Ramadhan yang mana belum tentu lagi kita akan menemuinya pada tahun hadapan. Berapa ramai insan yang saya temui telah kembali menemui Ilahi ketika dibulan ramadhan, dan ada juga yang sesudah berakhirnya ramadhan.

Namun rahmat Allah itu maha luas. Kasih sayangNya tidak putus-putus buat hamba-hambaNya yang beriman. Diberikan peluang kepada kita sesudah ramadhan yang lalu, dengan amalan berpuasa enam di bulan Syawal yang mana ganjaran pahalanya menyamai berpuasa sepanjang tahun sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud “Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari dibulan syawal, ia adalah seperti berpuasa setahun.”. Berdasarkan perkiraan setiap amalan kebajikan itu diganjari dengan sepuluh kali ganda maka 30 hari dibulan ramadan bersamaan dengan 300 hari iaitu sepuluh bulan dan puasa enam hari diganjari dengan 60 hari bersamaan 2 bulan. Maka genaplah perkiraan satu tahun setelah ditambah 300 hari (bulan ramadhan) dan 60 hari (syawal).

Ikhwah/at yang disayangi,

marilah sama-sama kita bermuhasabah mengenai puasa kita yang lalu. Adakah ianya benar-benar memberi kesan kepada ibadah-ibadah kita untuk seterusnya?......adakah ramadhan kali ini benar-benar menjadi madrasah untuk mentarbiyah diri kita agar lebih kuat untuk beramal ibadah pada bulan seterusnya?....ataukah kita hanya menjadi hamba kepada ramadhan, tidak kepada Allah tuhan dan pemilik kepada bulan-bulan tersebut?...marilah kita meneruskan amalan-amalan dibulan ramadhan seperti tilawah al-Quran, berpuasa, iktikaf, qiamullail, bersedekah dan lain-lain.Semoga kita bakal bertemu dengan ramadhan akan datang bersama-sama semangat dan keinginan yang tinggi untuk mengecapi redha Ilahi.





Wassalaamu ‘alaikum warahmatullah.

Monday, July 22, 2013

KEDATANGAN PELAJAR PRAKTIKAL KE UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)

Alhamdulillah UHEI diceriakn dengan kedatangan 2 orang pelajar praktikal dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Mereka ialah saudara Mazlan Bin Suud dan saudara Muhammad Haziq Ifqwat Bin Mokhtar. Mereka merupakan pelajar Pengajian Islam (Dakwah) degan Kepujian semester 4.



Nama : Muhammad Haziq Ifwat Bin Mokhtar
Umur : 23 tahun
Syu'bah : Dakwah
Bidang Pengajian : Pengajian Islam (Dakwah)
Semester : 4



Nama : Mazlan Bin Suud
Umur : 22 tahun
Syu'bah : Dakwah
Bidang Pengajian : Pengajian Islam (Dakwah)
Semester : 4


Tempoh : 24 Jun - 14 September 2013 (11 minggu 2 hari)

Mereka akan menjalani praktikal dakwah seperti diamanahkan penyelia iaitu ustaz hasnol ketua unit UHEI

Tugasan mereka seperti :

A)  Membantu Mengimarahkan Surau

  • Mengimarahkan Surau – Azan & Menjadi Imam Solat Fardhu
  • Membantu Menyampaikan Tazkirah Ringkas selepas Solat Fardhu
  • Membantu Menyampaikan Tazkirah & Doa Pagi (Hiwar Rohani Pagi) di Siaraya MSN
  • Membantu Menyampaikan Tazkirah Kepada Staf Asrama di Surau Casa 2
  • Membantu Menjadi Tenaga Pengajar Klinik Al- Quran (Staf & Atlet)
 B)   Membantu Melaksanakan Tugasan Pejabat

  • Membantu Membuat Iklan, Videoklip CAB
  • Membantu Membuat Buletin / Suara Hikmah UHEI
  • Membantu Membuat Mutika (Mutiara Kata)
  • Membantu Menyelenggara Mini Perpustakaan UHEI
 
C) Membantu Melaksanakan Program & Aktiviti UHEI

  • MPPQ (Majlis Penghayatan & Pembudayaan Al- Quran
  • CAB (Ceramah Agama Bulanan)
  • MYDOS (Majlis Yaasin & Doa Selamat
  • PTZ (Program Tazkirah Zohor)
 D) Membantu Menjayakan Kem Atlet E) Membuat Borang Kaji Selidik Fardhu Ain (Atlet & Staf )   
F) Membantu memberikan idea & cadangan penambahbaikan UHEI.       


Wednesday, July 17, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH & DOA KESYUKURAN


BUKIT JALIL, 16 Jun: Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan acara tradisi tahunannya iaitu Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Doa Kesyukuran membabitkan warga sukan tanah air di Dewan Komanwel MSN di sini, dijadualkan pada Jumaat 26 Julai bersamaaan 17 Ramadan 1434H.

Majlis yang dijangka dihadiri oleh lebih 500 pegawai dan kakitangan MSN serta atlet dan jurulatih itu akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong.

Antara program yang diatur termasuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah, majlis tahlil, tazkirah Ramadhan, Ihya ul Lail melalui terawih berjemaah manakala hidangan berbuka puasa istimewa pula ialah Nasi Maqlubah Jordan dan Bubur Lambuk Kampung Baru.

Pada majlis itu juga, pihak MSN akan melancarkan Dana Wakaf Surau Baharu yang sedang dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada tahun depan.

Aktiviti yang bermula jam 7.00 malam itu dijangka berakhir pada 10 malam dengan majlis sumbangan kepada anak-anak yatim, anak gelandangan dan pelajar miskin.

Sunday, July 14, 2013

KEDATANGAN IMAM TAHFIZ KE MSN

Seperti biasa sebelum kedatangan bulan Ramadhan, sudah menjadi amalan kehadiran jemputan para Imam Tahfiz yang akan mengimarahkan 2 buah  surau di Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu surau AlMuttaqin dan Surau Casa MSN.  


Untuk kali ini mereka adalah pelajar tahfiz yang menuntut di Madarasah Seri petaling yang terdiri daripada 4 orang MSN pernah didatangi oleh pelajar dari madarasah Kubang bujuk. Ianya seakan berselang seli. Untuk masa lalu pernah dari Filipinan dan indonerisa. namun pada kali ini semua dari Malaysia.

Alhamdulillah pihak pengurusan MSN telah mendapatkan kemudahan penginapan apartment dan kemudahan makan minun sepanjang mereka bermastautin di sini.

Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar tahfiz tersebut :
1) Ustaz Abdul Salam
2) Ustaz Zaid
3) Ustaz  Abul hasan
4) Ustaz Amir Hamzah



Sesi ta'aruf pelajar-pelajar tahfiz Madrasah Seri Petaling bersama-sama 
kakitangan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI)



Sesi ta'aruf pelajar-pelajar tahfiz Madrasah Seri Petaling bersama kakitangan-kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) di surau CASA 2 selepas menunaikan solat fardhu Zuhur berjemaah


Sesi ta'aruf dan sembang santai pelajar-pelajar tahfiz Madrasah Seri Petaling bersama Pengarah Bahagian  Khidmat Pengurusan (PBT) iaitu Encik Abdul Rashid Yaakub



Sesi ta'aruf bersama Ketua Pengarah MSN iaitu Dato' Seri Zolkples Embong di pejabat  beliau

Mereka bertugas menjadi imam solat terawih, menyampaikan tazkirah dan bertugas menjayakan sesi tadarus pada waktu tengahari dan malam di Vista MSN.

Selain daripada itu, mereka menjadi pakar rujuk hukum hakam dan berkaitan al-quran jika diperlukan selama berada di MSN. 


Mudah-mudahan kedatangan para imam tahfiz Madrasah Seri Petaling memberikan seribu satu kebaikan kepada warga Majlis Sukan Negara. Insyaallah.

Friday, June 28, 2013

MAJLIS ISRA' MIKRAJ DAN TAHLIL ARWAH (MIMTA) 1434 H

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas keizinannya, maka Majlis Isra' Mikraj dan Talil Arwah (MIMTA) 1434 h telah berjalan dengan jayanya.

Majlis itu berlangsung pada 21 Jun 2013 bersamaan dengan 12 Syaaban iaitu pada hari Jumaat yang bertempat di Perkarangan Vista Majlis Sukan Negara (MSN).

MIMTA tersebut bermula dengan ketibaan tetamu-tetamu jemputan pada pukul 6:30 petang. Setelah semua tetamu jemputan sampai majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yasiin dan majlis tahlil arwah bermultimedia.


Bacaan Yasiin telah diketuai oleh Ustaz Arfah Bin Rosnani



Tetamu-tetamu jemputan yang hadir mengimarahkan MIMTA



Usai bacaan Yasiin dan tahlil arwah bermultimedia, majlis diteruskan dengan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti solat hajat Sukan Malaysia (SUKMA) 2013.

Selepas mengerjakan solat fardhu Maghrib berjemaah dan solat sunat hajat, tetamu-tetamu jemputan telah dijemput untuk menikmati jamuan makan malam dan diiringi persembahan Qasidah Ar-Rahimiah.



Tetamu-tetamu jemputan beratur mengambil makanan 


Tetamu-tetamu layan diri secara tertib









Persembahan Qasidah Ar-Rahimiah





Ucapan perasmian daripada YBhg. Dato' Seri Zolkples Embong




Al-Fadhil Ustaz Haji Shahidan Abdullah menyampaikan ceramah 
Isra' Mikraj : "Rahsia Isra' Mikraj"

Sunday, June 2, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU BAHARU, AJK MIMTA 2013 DAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1434 H

Sejarah Tercipta Mesyuarat 3 dalam 1
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Unit Hal Ehwal Islam Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, telah berjaya mengadakan satu mesyuarat yang membincangkan berkenaan Jawatankuasa Penajaan Surau Baharu, pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Isra' Mikraj Dan Tahlil Arwah serta Program Ihya' Ramadhan 1434. Mesyuarat ini telah diadakan pada :
Tarikh   : 30 Mei 2013
Hari      : Khamis
Jam       : 10.30 pg
Tempat  : Bilik Merbok, Casa 2, MSN
                                         En. Rashid mempengerusikan Mesyuarat
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Rashid Yaakub yang merupakan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN. Seramai 44 orang telah menghadiri mesyuarat ini termasuk Encik Rozaki Zakaria Ketua Cawangan Pentadbiran Dan Sumber Manusia MSN.

                                                      Semua AJK khusyuk mendengar ucapan pengerusi

                                                   Us. Zul mengedarkan nama-nama AJK program

                                      Us Hasnol membentangkan kertas kerja program
Segala puji bagi Allah mesyuarat yang diadakan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama. Semoga Allah memudahkan segala perancangan yang direncanakan.
 


                                                         

Tuesday, May 21, 2013

Jom Sedekah

Beruntungnya Orang Yang Bersedekah

            Ustaz Dan Ustazah sedang mengira sedekah tabung surau Majlis Sukan Negara             
               Selepas selesai menunaikan solat zohor, seorang pemuda mengeluarkan dompetnya untuk bersedekah ke dalam tabung surau. Apabila melihat dompetnya, dia melihat hanya ada sehelai wang kertas RM50.Dia berfikir sejenak, duit tersebut mungkin untuk keperluan lain. Kemudian dia menyeluk sakunya ada duit syiling 50 sen. Lalu dia bersedekah dengan duit syiling tersebut. Dia teringat sabda Rasulullah " Bersedekahlah, sekalipun dengan sebiji kurma" (Riwayat Oleh Ahmad, Ibnu Mubarak dan lain-lain). Keikhlasan

Ganjaran bagi orang yang suka bersedekah.

1. Rezekinya Dilipatgandakan
Fiman Allah S.W.T. :
  " Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai mengandungi seratus biji benih yang lain. Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Luas Rahmat kurnianNya lagi Maha Mengetahui".  (Surah Al-Baqarah 261).
 
2. Memadamkan Kemurkaan Allah
Sabda Rasulullah S.A.W : 
   "  Sedekah secara sembunyi (dirahsiakan) itu memadamkan kemurkaan Alla S.W.T.".

3. Memanjangkan Umur, Mencegah Mati Buruk, Mengikis Sifat Sombong.  
Sabda Rasulullah S.A.W. :
  "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam 
keadaan yang buruk dan Allah Taala pula mengahapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya".   (Riwayat Tabrani) 

4. Malaikat Mendoakannya 
Sabda Rasulullah S.A.W. :
  "Tidak datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia,lalu satunya berdoa, 'Ya Allah, Berilah ganti bagi orang yang bersedekah"." (Riwayat Bukhari)

5. Menghapus Dosa
 Sabda Rasulullah S.A.W. :
   "Sedekah menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (Riwayat At-Tirmizi)
 
6. Tidak Mengurangkan Harta
Sabda Rasulullah S.A.W. :
   " Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan." ( Riwayat Muslim)

والله اعلم  بالصواب

 
  
 

KAMUS ARAB