Pages

Wednesday, May 11, 2011

Lawatan Takziah Kepada Pn Ku Asmah Ku Baharom (cawangan pentadbiran)



5 Mei 2011(KHAMIS) JITRA, KEDAH- Pasukan Solat Jenazah (PSJ) Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah membuat lawatan takziah ke Bandar Darul Aman diatas pemergian ibu kepada Puan Ku Asmah Ku Baharom (cawangan pentadbiran MSNM) pada 1 Mei 2011 bersamaan hari Ahad jam 3.30am kerana sakit tua.




Setiba anggota seramai 6 orang ahli PSJ MSNM di Bandar Darul Aman pada jam 3.30 pagi, keluarga Puan Ku Asmah Ku Baharom telah menyambut serta menyediakan Home Stay buat rombongan berehat serta dilayan dengan pelbagai juadah makanan.


Di rumah Allahyarham Hjh.Ramlah Bt Hjh.Siti Aishah (ibu Pn Ku Asmah Ku Baharom), anggota PSJ MSNM merakam ucapan takziah serta membaca surah yasin dan tahlil rengkas buat roh Allahyarham di akhir pertemuan bersama Pn Ku Asmah Ku Baharom juga merupakan Ketua Biro Kebajikan Kelab MSNM. Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur jam 2.00pm, sekali lagi ahli rombongan dijamu dengan makan tengah hari.


Pihak PSJ MSNM juga merakam jutaan terima kasih kepada Puan Ku Asmah Ku Baharom sekeluarga diatas layanan sepanjang rombongan di Bandar Darul Aman serta berdoa semoga Roh Allahyarham Hjh.Ramlah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. *AL-FATIHAH

No comments:

KAMUS ARAB