Pages

Wednesday, January 4, 2012

Kem Sempena Kembali Ke Sekolah 2012

KEM SEMPENA KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK AHLI KELAB MSN 2012
(MAGNET KEJAYAAN DIRI - MKD 2012)




Remaja merupakan golongan yang banyak mencorakkan halatuju dan masa depan negara. Kecemerlangan remaja banyak bergantung kepada sejauh mana mereka mampu mengurus diri dengan cara yang baik dan betul menurut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Untuk menguruskan diri dengan baik, remaja perlu memperkuatkan 4 elemen utama dalam diri iaitu “Physical, Intellectual, Emotional dan Spiritual” (P.I.E.S).

Program ini dicadangkan sebagai satu usaha untuk melahirkan remaja yang memahami halatuju dan cabaran hidup ini. Moga usaha kecil ini menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Objektif

a) Meningkatkan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani para remaja agar tidak mudah hanyut atau terpesong aqidah apabila berhadapan dengan pengaruh-pengaruh dari dalam dan luar
b) Membantu peserta membina matlamat kecemerlangan diri jangka pendek, sederhana dan jangka panjang
c) Mencetus motivasi dan keyakinan peserta dalam pelajaran dan kehidupan
d) Menanam rasa kesedaran dalam diri peserta kepentingan menjaga iman, akhlak dan pelajaran.
e) Merapatkan lagi silaturrahim sesama pelajar supaya menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan SPM yang akan datang.

Methodologi Kursus

a) NLP approach (Neuro Linguistic Programming)
b) Sentuhan nurani (high touch)
c) Peralatan berteknologi (high tech)
d) Pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning)
e) Komunikasi pelbagai hala (interactive session)
f) Monolog diri (inner speech process)
g) Permainan berkonsep (Conceptual games)
h) Simulasi (simulation)
i) Sesi perkongsian: “Sharing is caring”
j) Menggunakan modul LUA: Magnet Kejayaan & Kebahagiaan (pertama seumpamanya di dunia)

>>>>>>>borang penyertaan<<<<<

No comments:

KAMUS ARAB