Pages

Wednesday, July 17, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH & DOA KESYUKURAN


BUKIT JALIL, 16 Jun: Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan acara tradisi tahunannya iaitu Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Doa Kesyukuran membabitkan warga sukan tanah air di Dewan Komanwel MSN di sini, dijadualkan pada Jumaat 26 Julai bersamaaan 17 Ramadan 1434H.

Majlis yang dijangka dihadiri oleh lebih 500 pegawai dan kakitangan MSN serta atlet dan jurulatih itu akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong.

Antara program yang diatur termasuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah, majlis tahlil, tazkirah Ramadhan, Ihya ul Lail melalui terawih berjemaah manakala hidangan berbuka puasa istimewa pula ialah Nasi Maqlubah Jordan dan Bubur Lambuk Kampung Baru.

Pada majlis itu juga, pihak MSN akan melancarkan Dana Wakaf Surau Baharu yang sedang dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada tahun depan.

Aktiviti yang bermula jam 7.00 malam itu dijangka berakhir pada 10 malam dengan majlis sumbangan kepada anak-anak yatim, anak gelandangan dan pelajar miskin.

No comments:

KAMUS ARAB