Pages

Friday, October 18, 2013

Penyampaian Sumbangan Kepada Surau Perkampungan Sukan Malaysia XVI

Objektif
-         Mengeratkan hubungan silaturrahim antara duai ntitusi MSN dan UPM
-         Sebagai tanda penghargaan kepada Surau Kolej yang digunakan sepanjang SUKMA XVI Kuala Lumpur 2013.


Pengenalan
Majlis Sukan Negara Malaysia telah menjadikan Universiti putra Malaysia sebagai lokasi perkampungan Sukan Malaysia XVI yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Jun sehingga 7 Julai 2013. Pada program SUKMA yang lalu, Unit Hal Ehwal Islam dibawah Bahagian Khidmat Pengurusan telah ditugaskan untuk mengimarahkan Surau Kolej Kelima dan Kolej Tun Perak.

Latar Belakang
Sepanjang SUKMA XVI berlangsung UHEI telah menggunakan Surau Kolej Kelima dan Surau Kolej Tun Perak sebagai pusat aktiviti kerohanian sukan seperti solat berjemaah dan majlis bacaan yasin. Ini bagi memudahkan atlet dan para pegawai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik.
     Selain itu, pihak UHEI juga berjaya mengadakan satu program ceramah santai bersama Ustaz Haslin Baharin pada 1 Julai 2013.Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 150 atlet yang hadir untuk menambah tentang kekuatan kerohanian dalam Islam. Program ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, EncikAndul Rashid dan Pengarah Pengurusan Sukan, Dato' Ab Jalil Abdullah. Program yang julung kali diadakan ini, berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baikdaripada atlet dan pegawai.     
  
       Sehubungan dengan itu, Bahagian Khidmat Pengurusan MSN sebagai tanda penghargaan dan terima kasih telah memberikan sumbangan kepada kedua-dua surau tersebut. Di antara barang sumbangan yang telah disampaikan ialah jam digital waktu solat, sejadah, kain pelekat dan penyangkut kain. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hasnol daripada Unit Hal Ehwal Islam(UHEI) mewakili Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan pada 26 September 2013. Penyampaian sumbangan kepada Surau Kolej Kelima UPM diterima oleh Pengurus Kolej, PuanAskina Aziz, manakala sumbangan kepada Kolej Tun Perak diterima oleh Pengetua Kolej KTP, Dr. Abdul Razak Abdul Rahman.

      Semoga program seperti ini dapat mengeratkan ukhwah dan ikatan perhubungan diantara MSN dan UPM umumnya dan khususnya kepada surau kolej yang terlibat.

                  Penyampaian Sumbangan kepada Kolej Kelima




No comments:

KAMUS ARAB