Pages

Monday, March 3, 2014

CIRI-CIRI ORANG BERFIKIRAN POSITIF

Alhamdulillah segala pujian hanya milikNya. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW Rasulullah kekasih Allah SWT. Dalam melayari bahtera kehidupan, sudah pasti kita akan berhadapan dengan berbagai macam rencah kehidupan yang berwarna-warni. Namun, sebagai hamba Allah yang beriman dan bertakwa kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi apa jua keadaan yang dihadapi. Berikut dikongsikan sebahagaian cara untuk sentiasa berfikiran positif.

1. Sentiasa yakin dengan pertolongan daripada Allah SWT
firman Allah SWT yang bermaksud : Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita. ( Surah At-Taubah : 40)

2. Tidak mudah putus asa dalam menghadapi berbagai rintangan dan ujian hidup.
firman Allah SWT yang bermaksud : Dan jangan kamu berputus dengan rahmat Allah, dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. ( Surah Yusuf : 87) 

3. Percaya pada kemampuan diri, personaliti dan bakatnya serta tidak merendahkan itu semua.
firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At- Tin : 4)

4. Sentiasa berkata-kata dengan hal-hal yang positif dan selalu mengharapkan kehidupan yang positif. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik atau hendaklah engkau diam. (HR Bukhari ) 

5. Sentiasa bertawakkal pada Allah.
firman Allah SWT yang bermaksud : Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (At-Thalaq :3)  

6. Yakin bahawa setiap orang memiliki daya kreatif. Daya kreatif perlu kepada kekuatan untuk membangkitkannya sehingga menjadi kenyataan.
firman Allah SWT yang bermaksud :  Allah mengurniakan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). (Al-baqarah 269)

7. Memiliki kesabaran yang tinggi dan sentiasa konsisten (istiqamah).
Diriwayatkan daripada Abi Amr sufian Bin Abdullah Al-tsaqafi RA berkata: Ya Rasulallah, ajarkan kepadaku di dalam Islam satu perkataan yang tidak memerlukan aku bertanya kepada seseorang selain engkau. Baginda bersabda : Katakanlah aku beriman kemudian istiqamahlah. (HR Muslim)

8. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT. 
 firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan permintaanMu. (Surah Ghafir : 60)
 
 Ya Allah Kurniakanlah kami Rahmat, keampunan, keberkatan, hidayah dan kesejahteraan dari sisiMu.

No comments:

KAMUS ARAB