Pages

Sunday, April 13, 2014

KEMASKINI GARIS PANDUAN IBADAH (GAPI) UNTUK ATLET, JURULATIH DAN PEGAWAI YANG BERMUSAFIR MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN).

       Pada 2 April 2014 (Rabu), Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara telah menerima kunjungan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Lawatan dari pihak JAKIM bertujuan untuk melihat sendiri program latihan atlet-atlet negara di MSN untuk dijadikan panduan dalam projek mengemaskini Garis Panduan Ibadah (GAPI).
Rombongan yang di ketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian, Ustazah Aishah Bt Abdul Majid dan 5 orang pegawai telah tiba di MSN pada pukul 9.00 pagi. Unit Hal Ehwal Islam wakil bagi pihak Bahagian Khidmat Pengurusan MSN telah membawa mereka melawat Kafe Atlet sambil menikmati sarapan pagi.

 Para pegawai JAKIM bersarapan di Kafe Atlet MSN bersama Ustaz Mohammad Hasnol dan Ustazah Noorul Hidayah.

      Setelah menikmati sarapan pagi, rombongan dari JAKIM di bawa melawat ke Lapang Sasar Gimnasium 3, tempat latihan bagi atlet menembak negara. 

En. Abdul Rahim Rajuli memberikan taklimat berkenaan sukan menembak.

     Lawatan pada hari tersebut diteruskan dengan perbincangan dan mesyuarat berkaitan dengan projek kemaskini Garis Panduan Ibadah Atlet, Jurulatih Dan Pegawai Yang Bermusafir. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustazah Aishah binti Abdul Majid dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. 

 SEMOGA USAHA INI AKAN DIPERMUDAHKAN DAN BERJALAN LANCAR.



    




  





No comments:

KAMUS ARAB