Pages

Sunday, January 2, 2011

2011 PERLU LEBIH CEMERLANG

MESKIPUN berpuas hati dengan prestasi atlet Malaysia sepanjang 2010, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu menjadikan tahun 2011 lebih cemerlang.

Satu-satunya temasya yang akan disertai kontinjen Malaysia pada 2011 adalah Sukan SEA edisi ke-26 yang akan diadakan di Indonesia pada bulan November.

Kecemerlangan kontinjen negara melepasi sasaran 10 emas pada Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober lalu dengan meraih 12 emas dan kejayaan menepati sasaran sembilan emas pada Sukan Asia di Guangzhou bulan lepas, bukanlah suatu kepuasan bagi beliau.

Katanya, ketika ketiadaan temasya yang besar seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Olimpik pada tahun depan, ia bukanlah masa untuk berehat dan ungkapan 'keadaan seperti biasa' tidak lagi boleh digunakan kerana sukan bukan lagi sekadar penyertaan tetapi medan pertaru- han maruah dan imej negara.

Tumpuan beliau kini adalah mencari jawapan kepada punca kemerosotan beberapa jenis sukan yang dahulunya menjadi 'lubuk emas' negara tetapi gagal memberikan emas dari New Delhi dan Guangzhou.

Dua jenis sukan yang menjadi perhatian beliau adalah memanah dan juga boling.

Memanah, satu sukan yang dipertandingkan di Olimpik, gagal memberikan sebutir emas pada Sukan Asia. Boling, sukan yang tidak dipertandingkan di temasya sukan terbesar dunia itu tetapi penyumbang emas utama negara pada temasya lain, hanya memberikan dua emas dari Guangzhou.

Berbeza tiga emas dari edisi Doha pada 2006 yang disumbangkan oleh atlet wanita, dua emas dari Guangzhou hadir daripada atlet lelaki.

Ahmad Shabery berkata, walaupun tumpuan utama kementerian kini adalah program Road to London 2012 yang bertujuan mencari emas pertama Malaysia dari Sukan Olimpik, namun kepentingan sukan lain tidak diabaikan.

Tugas utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum kempen itu bermula adalah mencari jalan untuk mengoptimumkan industri sukan di negara ini berbanding bajet yang terhad.

Sebagai contoh katanya, jika industri sukan dapat menguasai 10 peratus dari- pada perbelanjaan pengiklanan dalam negara setahun, ini bermakna arena sukan di negara ini menyumbang kira-kira RM600 juta kepada KD- NK.

Menurut perangkaan Kementerian Belia dan Sukan, nilai import Freight On Board (FOB) untuk peralatan berkaitan su-kan bertambah daripada RM1.4 bilion pada 2008 kepada RM3.07 bilion tahun lepas.

Nilai import negara dalam industri sukan dari Januari hingga Julai 2010 adalah sebanyak RM5.1 bilion manakala eksport negara bagi industri sukan dalam tempoh sama adalah RM729 juta.

Di Amerika Syarikat, kata Ahmad Shabery, industri sukan menyumbang pendapatan kasar sebanyak AS$410 bilion kepada negara itu pada 2009.

Kesungguhan KBS dapat dinilai melalui penganjuran Konvensyen Industri Sukan Malaysia tahun lepas dan penubuhan makmal Bidang Ekonomi Utama Kementerian (MKEA) Industri Sukan pada Okto- ber yang bertujuan mencari formula untuk mendapatkan data terkini sumbangan industri sukan kepada KDNK.

Antara sukan yang mempunyai nilai komersial dan menjadi tumpuan penaja- an pihak swasta termasuk bola sepak, golf, sukan pemotoran dan badminton.

No comments:

KAMUS ARAB