Pages

Sunday, January 16, 2011

Ceramah Tahun Baru 2011
























CERAMAH AGAMA TAHUN BARU 2011 MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA.

Tarikh : 19 Januari 2011 / 14 Safar 1432 H

Masa : 2.45 pm - 4.00 pm

Tempat : Auditorium 1 Majlis Sukan Negara

Tajuk : AZAM BERHIJRAH menjelang 2011

Disampaikan oleh penceramah jemputan : Ustaz Long Bin Kechik ( Pegawai Agama TNB )


* Pegawai, jurulatih dan atlet dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan memacu target sukan 2011 sekaligus menjadikan diri kita lebih baik dari yang lepas. Anda juga boleh membawa pulang 3 hadiah misteri pada sesi ( Ustaz Bertanya - Anda Menjawab ).


MALAYSIA Boleh!'... itu kata-kata diungkapkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah sebaik diminta mengulas mengenai kemenangan skuad negara ke atas Laos 5-1 yang membuka laluan ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF, semalam.
Walaupun hanya ungkapan ringkas, riak ceria yang terpancar pada wajahnya jelas ingin melihat skuad negara bangkit walaupun banyak pihak memandang sinis keupayaan skuad bimbingan jurulatih K Rajagobal itu.
“Waktu makan dengan seorang kawan, saya ramalkan kita boleh atasi Laos dengan jaringan 4-1 tetapi keputusannya, kita berjaya tewaskan dengan 5-1.

“Mereka bermain dengan baik dan saya ucapkan tahniah kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat persiapan banjir di Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam.

Sultan Ahmad Shah yakin dengan semangat ‘Malaysia Boleh’, anak-anak buah Rajagobal mampu mencipta kemenangan pada pertemuan seterusnya, sekali gus mencatat sejarah muncul juara buat kali pertama dalam sejarah kejohanan yang memasuki edisi kelapan itu.

Dalam saingan separuh akhir di Kuala Lumpur 15 Disember ini, Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan menentang juara Kumpulan B, iaitu sama ada Filipina, Singapura dan Vietnam.
Pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Jaka Baring, Palembang, Indonesia kelmarin, skuad negara mengesahkan kelayakan ke separuh akhir melalui dua gol Mohd Amri Yahyah dan masing-masing satu daripada Mohd Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahalli Jasuli.

No comments:

KAMUS ARAB