Pages

Tuesday, January 4, 2011

Ketulusan Jiwa, Ikhlas Jaminan Keharmonian

RASANYA masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pembaca. Semoga tahun baru ini akan dipenuhi pelbagai perkara kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Kita mengakhiri 2010 dengan beberapa perkara kontroversi. Isu politik dan hak asasi menjadi paparan utama media. Dalam pada itu, kes mahkamah berprofil tinggi, laporan jenayah serius seperti pembunuhan dan rompakan, juga kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa menjadi tatapan kita sepanjang 2010. Ia agak mengecewakan.
Dalam kontroversi dan kekecewaan, kejayaan pasukan bola sepak negara membawa pulang Piala Suzuki AFF menyerikan hujung tahun dan sambutan tahun baru. Sekalung tahniah kepada mereka yang terbabit kerana mengharumkan nama negara.

Pastinya azam mencapai kejayaan lebih baik pada masa hadapan harus dituntut dan diperteguhkan, bukan saja dalam bidang sukan, tetapi di dalam apa juga bidang dan keadaan.

Yang lebih penting, setiap individu dalam negara ini harus berazam menjaga keamanan dan keharmonian negara serta mengekalkan kehidupan yang aman dan damai.

Beberapa kejadian yang mencalar keharmonian masyarakat kita yang berlaku sepanjang 2010 tidak harus berulang pada tahun ini atau pada tahun-tahun akan datang.
Dalam aspek hubungan agama dan kaum secara umum, 2010 menyaksikan banyak kejadian yang mengecewakan, termasuk tindakan merosakkan rumah ibadat dan perbuatan menghina serta tidak menghormati pihak lain, terutama tidak menghormati agama kaum lain. Ini tidak harus berulang pada tahun ini, kejadian seperti ini menjadi punca kemerosotan perhubungan kita.

Kita hendaklah sentiasa mempromosi kefahaman antara kaum dan agama. Maksudnya kita hendaklah sentiasa peka kepada sensitiviti dan kehendak agama lain. Untuk menjadi peka, kita hendaklah lebih faham dan memahami.

Sifat faham memahami boleh dicapai sekiranya kita prihatin dan mengenali sepenuhnya antara satu sama lain. Sifat ini berkehendakkan ketulusan jiwa dan keikhlasan hati dan budi setiap kita. Semua pihak hendaklah ikhlas dalam berhubungan – tidak mengharap balasan dan tidak belot. Alangkah bagus sekiranya kita mempunyai anggota masyarakat sebegini.

Masyarakat bukan Islam contohnya hendaklah cuba mengenali masyarakat Islam dan menyedari sensitiviti mereka. Begitu juga sebaliknya. Setiap kaum dan kelompok agama tidak harus mementingkan diri sendiri dan jangan terlampau mendesak untuk kepentingan diri.

Tidak dinafikan adakalanya kita perlu melakukan desakan tertentu untuk menjadikan sesuatu itu bertambah baik, namun ia janganlah keterlaluan sehingga menjejaskan hubungan antara kita. Ia juga tidak harus merosakkan nama baik dan menggadai kehormatan negara.

Sementara itu, masyarakat Islam sendiri hendaklah berazam memahami Islam dengan lebih mendalam. Jangan biarkan Islam dihina dan dipersenda dalam keadaan kita sebagai penganutnya terleka. Atau dalam keadaan kita buta hati tanpa ilmu pengetahuan, menyokong penghinaan dan persendaan terbabit.

Belajar dan bergurulah. Bagi yang sudah belajar dan berguru, tambahkan lagi ilmu yang sedia ada. Penuhilah dada dengan ilmu yang boleh membawa manfaat kepada agama dan negara.

Selain itu, sifat tulus dan ikhlas juga harus berbunga dalam jiwa setiap mereka yang memegang amanah. Sekiranya 2010 atau tahun sebelumnya menyaksikan penyelewengan kuasa dan wang, ia tidak harus berkembang dan berterusan pada 2011 atau tahun seterusnya.

Sebagai manusia yang mudah terjerat, semestinya gejolak nafsu dalam pelbagai ruang menjadi-jadi, terutama yang membabitkan kuasa, wanita dan harta. Nama juga nafsu, ia akan merosakkan seluruh sistem diri, masyarakat dan negara. Nafsu seperti ini hanya dapat dikawal oleh hati nurani suci yang mempunyai sifat ikhlas.

Sifat ikhlas berasal daripada naluri yang bersih dan rasa tanggungjawab dalam menjalankan amanah. Ia hanya dapat dicari dan dicapai dengan menyedari hakikat diri.

Mengambil falsafah daripada sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud; “Setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu adalah bertanggungjawab di atas segala apa yang dipimpinnya (kullukum raa’in, wa kullukum mas-uulun ‘an ra’yatih) – segala tanggungjawab adalah amanah yang wajib dilunaskan, termasuklah tanggungjawab dan amanah terhadap diri sendiri, yang memimpin setiap anggota badan, terutama hati.

Tanggungjawab menjadi lebih berat sekiranya kita memegang jawatan membabitkan institusi penting, seperti pentadbir dan penyandang jawatan tinggi seperti hakim. Sekiranya 2010 menyaksikan beberapa peristiwa sedih, seperti pendakwaan pecah amanah di kalangan mereka yang sepatutnya menjaga kedudukan institusi ini, seperti hakim di Mahkamah Syariah, tidak harus berlaku pada 2011 atau tahun seterusnya.

Pada akhir kehidupan nanti, walaupun tidak dinobatkan sebagai pekerja terbaik atau pekerja berkualiti, atau kita tidak pernah diberi sebarang anugerah, kita sekurang-kurangnya dapat berbangga kerana menjalankan amanah sebagai pemegang jawatan dan membuat sumbangan melalui jawatan terbabit kepada agama, bangsa dan negara – walau orang lain tidak mengambil peduli, kita harus berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri.

Semoga 2011 menyaksikan keharmonian lebih baik antara kita tanpa mengira agama, bangsa, kebudayaan dan fahaman politik. Semoga setiap kita lebih mementingkan tanggungjawab daripada kepentingan diri. Semoga kita dapat berazam untuk berkorban kepada agama, bangsa dan negara ini.

RASANYA masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pembaca. Semoga tahun baru ini akan dipenuhi pelbagai perkara kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.
Kita mengakhiri 2010 dengan beberapa perkara kontroversi. Isu politik dan hak asasi menjadi paparan utama media. Dalam pada itu, kes mahkamah berprofil tinggi, laporan jenayah serius seperti pembunuhan dan rompakan, juga kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa menjadi tatapan kita sepanjang 2010. Ia agak mengecewakan.
Dalam kontroversi dan kekecewaan, kejayaan pasukan bola sepak negara membawa pulang Piala Suzuki AFF menyerikan hujung tahun dan sambutan tahun baru. Sekalung tahniah kepada mereka yang terbabit kerana mengharumkan nama negara.

Pastinya azam mencapai kejayaan lebih baik pada masa hadapan harus dituntut dan diperteguhkan, bukan saja dalam bidang sukan, tetapi di dalam apa juga bidang dan keadaan.

Yang lebih penting, setiap individu dalam negara ini harus berazam menjaga keamanan dan keharmonian negara serta mengekalkan kehidupan yang aman dan damai.

Beberapa kejadian yang mencalar keharmonian masyarakat kita yang berlaku sepanjang 2010 tidak harus berulang pada tahun ini atau pada tahun-tahun akan datang.
Dalam aspek hubungan agama dan kaum secara umum, 2010 menyaksikan banyak kejadian yang mengecewakan, termasuk tindakan merosakkan rumah ibadat dan perbuatan menghina serta tidak menghormati pihak lain, terutama tidak menghormati agama kaum lain. Ini tidak harus berulang pada tahun ini, kejadian seperti ini menjadi punca kemerosotan perhubungan kita.

Kita hendaklah sentiasa mempromosi kefahaman antara kaum dan agama. Maksudnya kita hendaklah sentiasa peka kepada sensitiviti dan kehendak agama lain. Untuk menjadi peka, kita hendaklah lebih faham dan memahami.

Sifat faham memahami boleh dicapai sekiranya kita prihatin dan mengenali sepenuhnya antara satu sama lain. Sifat ini berkehendakkan ketulusan jiwa dan keikhlasan hati dan budi setiap kita. Semua pihak hendaklah ikhlas dalam berhubungan – tidak mengharap balasan dan tidak belot. Alangkah bagus sekiranya kita mempunyai anggota masyarakat sebegini.

Masyarakat bukan Islam contohnya hendaklah cuba mengenali masyarakat Islam dan menyedari sensitiviti mereka. Begitu juga sebaliknya. Setiap kaum dan kelompok agama tidak harus mementingkan diri sendiri dan jangan terlampau mendesak untuk kepentingan diri.

Tidak dinafikan adakalanya kita perlu melakukan desakan tertentu untuk menjadikan sesuatu itu bertambah baik, namun ia janganlah keterlaluan sehingga menjejaskan hubungan antara kita. Ia juga tidak harus merosakkan nama baik dan menggadai kehormatan negara.

Sementara itu, masyarakat Islam sendiri hendaklah berazam memahami Islam dengan lebih mendalam. Jangan biarkan Islam dihina dan dipersenda dalam keadaan kita sebagai penganutnya terleka. Atau dalam keadaan kita buta hati tanpa ilmu pengetahuan, menyokong penghinaan dan persendaan terbabit.

Belajar dan bergurulah. Bagi yang sudah belajar dan berguru, tambahkan lagi ilmu yang sedia ada. Penuhilah dada dengan ilmu yang boleh membawa manfaat kepada agama dan negara.

Selain itu, sifat tulus dan ikhlas juga harus berbunga dalam jiwa setiap mereka yang memegang amanah. Sekiranya 2010 atau tahun sebelumnya menyaksikan penyelewengan kuasa dan wang, ia tidak harus berkembang dan berterusan pada 2011 atau tahun seterusnya.

Sebagai manusia yang mudah terjerat, semestinya gejolak nafsu dalam pelbagai ruang menjadi-jadi, terutama yang membabitkan kuasa, wanita dan harta. Nama juga nafsu, ia akan merosakkan seluruh sistem diri, masyarakat dan negara. Nafsu seperti ini hanya dapat dikawal oleh hati nurani suci yang mempunyai sifat ikhlas.

Sifat ikhlas berasal daripada naluri yang bersih dan rasa tanggungjawab dalam menjalankan amanah. Ia hanya dapat dicari dan dicapai dengan menyedari hakikat diri.

Mengambil falsafah daripada sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud; “Setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu adalah bertanggungjawab di atas segala apa yang dipimpinnya (kullukum raa’in, wa kullukum mas-uulun ‘an ra’yatih) – segala tanggungjawab adalah amanah yang wajib dilunaskan, termasuklah tanggungjawab dan amanah terhadap diri sendiri, yang memimpin setiap anggota badan, terutama hati.

Tanggungjawab menjadi lebih berat sekiranya kita memegang jawatan membabitkan institusi penting, seperti pentadbir dan penyandang jawatan tinggi seperti hakim. Sekiranya 2010 menyaksikan beberapa peristiwa sedih, seperti pendakwaan pecah amanah di kalangan mereka yang sepatutnya menjaga kedudukan institusi ini, seperti hakim di Mahkamah Syariah, tidak harus berlaku pada 2011 atau tahun seterusnya.

Pada akhir kehidupan nanti, walaupun tidak dinobatkan sebagai pekerja terbaik atau pekerja berkualiti, atau kita tidak pernah diberi sebarang anugerah, kita sekurang-kurangnya dapat berbangga kerana menjalankan amanah sebagai pemegang jawatan dan membuat sumbangan melalui jawatan terbabit kepada agama, bangsa dan negara – walau orang lain tidak mengambil peduli, kita harus berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri.

Semoga 2011 menyaksikan keharmonian lebih baik antara kita tanpa mengira agama, bangsa, kebudayaan dan fahaman politik. Semoga setiap kita lebih mementingkan tanggungjawab daripada kepentingan diri. Semoga kita dapat berazam untuk berkorban kepada agama, bangsa dan negara ini.

Penulis :Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM


Artikel Berita Harian : 2011/01/04

No comments:

KAMUS ARAB